Greece Mula 'Buka Pintu' Untuk Pelancong Sempena Cuti Musim Panas, Jun Ini
VIRALSempena cuti musim panas yang bakal bermula tidak lama lagi, Greece melonggarkan sekatan pergerakan sebagai persediaan menarik kedatangan pelancong ke negaranya.
Susulan itu, pihak berkuasa Greece membenarkan pelancong dari 29 negara termasuk China, memasuki negara tersebut mulai 15 Jun ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ujian saringan Covid-19 dijalankan secara rawak terhadap pelancong.
Selain China, negara lain adalah Austria, Denmark, Norway, Cyprus, Israel, Switzerland, Jepun, Malta, Bulgaria, China, Croatia, Australia dan New Zealand.
North Macedonia, Albania, Estonia, Latvia, Lebanon, Lithuania, Hungary, Korea Selatan, Serbia, Montenegro, Romania, Slovenia, Slovakia, Republik Czech dan Finland.
Pada masa sama, negara itu juga membenarkan penerbangan masuk dari pelbagai destinasi dari negara di Kesatuan Eropah termasuk Perancis.
Bagaimanapun, penumpang pesawat daripada wilayah terjejas teruk di negara terbabit perlu menjalani kuarantin 14 hari.
Sebagai contoh, ia meliputi pelancong yang berlepas dari Ile-de-France, Perancis dan Castile and Leon, Castilla-La Mancha, Catalonia dan Madrid,
Bagi Itali, ia membabitkan penumpang pesawat yang berlepas di utara negara berkenaan termasuk di Emilia Romagna, Lombardy, Piemonte dan Veneto.
Ekonomi Greece amat bergantung kepada sektor pelancongan yang sebelum ini membantu negara itu keluar dari masalah ekonomi pada 2018.
Pihak berkuasanya sebelum ini menguatkuasakan perintah lockdown pada 23 Mac, yang membantu mengekalkan jumlah kes di bawah 3,000.
Setakat ini, pandemik COVID-19 telah menyebabkan 175 kes kematian di negara tersebut.
Sumber: Harian Metro
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah