Hanya Disebabkan 1 Kes, Perth Australia Terus Lockdown Satu Bandar

VIRAL
February 01, 2021 - 07:20 PM


Wah nampaknya Australia sangat menjaga keselamatan mereka dari kes COVID 19. Seperti mana yang korang tahu, lockdown atau perintah kawalan pergerakan merupakan salah satu inisiatif bagi membantu mengurangkan jumlah bilangan kes positif di sesebuah negara. Korang tahu tak baru-baru ini Australia terus letak bandar Perth dalam lockdown walaupun baru 1 kes yang muncul.

Ini merupakan kes pertama dari transmisi komuniti dalam 10 bulan di negara itu. Seramai 2 juta orang terkesan dan tidak boleh keluar seperti biasa hinggalah hari jumaat ini. Semua restoran, gym, dan juga bar akan ditutup. Sekolah yang sepatutnya dibuka pada minggu ini juga akan terus ditutup bagi memastikan keselamatan penduduk di sana.

Sudah tentunya kebanyakan penduduk di bandar tersebut agak terkejut dengan berita itu. Menurut laporan, individu yang positif tersebut merupakan seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel kuarantin. Jadi agak mengejutkan apabila Australia Barat yang dah 10 bulan bebas dari wabak COVID-19 mempunyai 1 kes positif di sana.

Malah tindakan tersebut turut mendapat sokongan dari netizen di media sosial di mana mereka menyatakan ini adalah lebih selamat berbanding lockdown selama berbulan-bulan. Jadi apa pendapat korang mengenai tindakan Australia ni? Adakah ianya terlalu ekstrem atau ianya merupakan satu tindakan bijak? Apa pun jangan lupa beri pandangan korang.

Sumber: New York Times

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah