Jambatan Serong Punca Pengunjung Vertigo?

VIRAL
January 25, 2022 - 03:15 PM


Sebuah jambatan yang menghubungkan tempat letak kereta dan pusat beli belah di Bristol dikritik ramai pengunjung disebabkan rekaannya yang serong.

Lapor Daily Star, ramai pengunjung menjadi pening selain tidak dapat menyeimbangkan badan ketika melalui jambatan unik tersebut. 

Seorang penduduk, Kim Cleave dari Stapleton memuat naik persoalan dalam Facebook dan bertanyakan orang ramai sekiranya pernah melalui pengalaman serupa. 

“Adakah sesiapa pernah mempunyai masalah ketidakseimbangan semasa melalui jambatan dari Cabot Circus ke pusat beli belah di Bristol?

“Saya mempunyai masalah vertigo melampau semasa berjalan di sana. Rekaan lantai dan dinding jambatan itu yang serong sangat mengerikan,” katanya. 

Bagi Karina Hall, dia hanya boleh melalui jambatan itu jika memegang lengan ahli keluarganya. 

“Jika tidak saya akan pening dan hampir jatuh,” luahnya. 

Rekaan jambatan itu mungkin kelihatan bagus dalam lukisan arkitek, namun sebenarnya mendatangkan masalah kepada pengguna yang berisiko menjadi pening atau vertigo. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah