'Karen Dior' Tuntut Hak Kebebasan Buat Netizen Panas!

VIRAL
November 08, 2021 - 11:45 AM


Sebelum ini tular video seorang wanita bukan warganegara tidak memakai pelitup muka di depan butik Dior, KLCC. Terima kecaman netizen, wanita tersebut juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 kerana melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

Terbaharu, sebuah video dikongsi oleh akaun Twitter @117WeThePeople memaparkan wanita itu meluahkan perasaannya berkaitan dengan isu yang terjadi. Wanita itu mendakwa bahawa hatinya masih cintakan negara Malaysia dan turut menjelaskan akan hak kebebasan kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, setiap individu berhak untuk bebas memilih apa yang dikehendaki dari segi pemilihan makanan, lokasi yang dituju dan apa yang seseorang itu mahu lakukan terhadap badannya sendiri. Tambahnya, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan hati dengan melihat bagaimana negara luar memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih apa yang dikehendaki.

Akaun Twitter tersebut menggesa untuk Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan kerana memanipulasi maklumat dan memberi pandangan buruk ke atas wanita tersebut sehingga mempengaruhi pandangan orang ramai terhadap wanita itu.

Malah, pengguna akaun Twitter itu turut mengecam tindakan kerajaan Malaysia dan mendakwa pihak kerajaan menindas rakyat biasa. Hal tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia dan rata-rata netizen mengatakan wanita itu memang bersalah kerana telah melanggar SOP ditetapkan.

Bukan itu sahaja, para netizen juga memberikan pandangan mereka berhubung perkara tersebut dan menasihati wanita tersebut untuk mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan kerana dia kini berada di Malaysia.

Sumber: Thevocket

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah