Lepas Airport, Terminal Kereta Api & Pusat Beli Belah, Kini 'Highway' Di Jepun Pun Ada Surau

VIRAL
January 20, 2020 - 11:08 AM


Meskipun majoriti rakyatnya bukan beragama Islam, namun sensitiviti serta keprihatinan masyarakat Jepun terhadap pelancong Muslim kini menjadi pujian seluruh dunia!

Jika sebelum ini mereka menyediakan surau di lapangan terbang antarabangsanya, terminal utama keretapi dan semua pusat beli-belah besar yang ada di Jepun, ini ada satu lagi berita gembira untuk para pengembara di Negara Matahari Terbit itu.

Sekarang ini kalau korang sedang dalam perjalanan menggunakan lebuh raya di antara Nagoya dan Tokyo, korang dah tak perlu risau memikirkan untuk bersembahyang di mana kerana pihak berkuasa negara itu telah menyediakan bilik solat yang selesa serta boleh mula digunakan di 3 lokasi di lebuh raya utama berkenaan.

Makanan halal juga khabarnya turut disediakan untuk kemudahan para pelancong Muslim.

Perkara itu dikongsikan oleh pihak Dakwah Islam Di Bumi Matahari Terbit yang dimuat naik sebagai balasan kepada Twitter yang tular sebelumnya mengenai inisiatif serta bukti keprihatinan Jepun dalam menyediakan kemudahan kepada umat Islam yang sedang mengembara di negaranya.

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Twitter telah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik satu laporan berita di Jepun yang mengumumkan penyediaan tempat solat di setiap lebuh raya di sana, sebelum diperbetulkan sedikit fakta tersebut bahawa ia mula dilaksanakan di lebuh raya antara Nagoya dan Tokyo sahaja.

Lebih menarik, Jepun juga dilaporkan sedang dalam pertimbangan untuk memperluaskan tempat solat di setiap lebuh raya utama di sana.

Alhamdulillah, lepas ni semakin mudah untuk kita yang beragama Islam menunaikan Rukun Islam kedua itu walaupun sedang melancong ke Jepun.

Sumber: asfaiznism

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah