Majikan Boleh Pecat Pekerja Bertudung, Dari Mahkamah Kesatuan Eropah
VIRALSejak beberapa tahun yang lalu, sering kita dengar kisah wanita Eropah yang beragama Islam bekerja di sana dilayan sebegitu buruk dan dibuli dengan kejam hanya kerana bertudung. Isu sebegini tidak lah baru kita dengar, awal tahun apabila perancis membantah wanita Islam berniqab secara bebas di luar rumah.
Satu kenyataan yang telah dibenarkan oleh Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) bahawa mereka membenarkan untuk majikan pecat dan melarang ssebarang imej kepercayaan agama atau politik di tempat kerja. Jika pekerja ingakr dengan arahan majikan, mereka berhak untuk memecat pekerja tersebut.
Satu laporan dari The Telegraph, dua wanita Jerman telah dipecat dari tempat kerja keran memakai hijab melalui keputusan mahkamah. Mengikut cerita, dua wanita muslim ini yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak dan farmasi sebelum ini hadir ke tempat bekerja dengan tidak bertudung. Setelah setahun telah lalu dari cuti, mereka mula hadir ke tempat bekerja dengan berhijab.
Menurut laporan Al Jazeera, kedua wanita tersebut bakal dikenakan hukuman gantung dari tempat kerja jika masih ingkar dengan arahan pihak atasan. Dua wanita ini mempertahankan diri mereka dengan memberi alasan ia adalah sebahagian daripada agama mereka untuk memakai hijab.
Kes ini kemudiannya dibawa ke mahkamah tinggi. Namun melalui keputusan terbaharu, mahkamah telah memutuskan untuk berpihak kepada majikan mereka di mana kedua-dua wanita itu boleh dipecat jika membawa simbol agama atau politik ke tempat kerja.
The EU's highest court has today again upheld the right of employers to sack Muslim women from their jobs for wearing the headscarf if justified by notion of "neutrality". The ECJ also seems to admit that this is a form of discrimination 🤷♀️ pic.twitter.com/mMwYdJoHwr
— Mehreen (@MehreenKhn) July 15, 2021
Satu lagi laporan dari Lad Bible, keputusan mahkamah mengatakan bahawa majikan mempunyai hak untuk melarang pekerja memakai apa-apa simbol yang berbentuk poltiik, falsafah dan agama di tempat kerja. Larangan ini dikatakan sebagai gambaran adil kepada pelanggan jika berlaku sebarang perselisihan sosial.
Keputusan dari mahkamah ini dianggap besar dan mampu membuka peluang kepada majikan lain untuk memecat mana-mana pekerja sekiranya masih meneruskan memakai hijab atau apa sahaja yang menunjukkan simbol agama atau politik.
Jika kita lihat semula kajian dan rekod tahun-tahun lalu, pada tahun 2017, mahkamah Kesatuan Eropah pernah sebelum ini membuat keputusan sama membenarkan majikan larang pekerja membawa simbol politik atau kepercayaan agama. Pada 2014 di Perancis, mahkamah Perancis membenarkan majikan pecat seorang wanita Muslim yang berhijab ketika sedang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak.
Sumber: The Vocket
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah