"Mak Dah Tak Ada" Kemiskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan. - Fedtri Yahya

VIRAL
March 31, 2022 - 03:08 PM


Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya tampil memberikan pendapatnya susulan isu tular yang diperkatakan ketika ini selepas ditanya pengguna media sosial.

Menurut Fedtri, meski dia tidak mengetahui latar kejadian berkenaan secara terperinci, namun hos ini berpandangan bahawa setiap individu mempunyai mas4lah tersendiri yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

“Saya pun tidak tahu mengenai latar belakang cerita ini. Akan tetapi apabila kepada apa yang trending dan viral, saya kira kemiskinan orang jangan dibuat mainan atau gurauan. Dia sebutkan bahawa ‘mak dah tak ada’. Kita kena tahu, lain keluarga lain yang terjadi di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

“Terutamanya jika mak tak ada ni… macam-macam boleh berlaku. (Contoh) Sekali pun ada adik-beradik, tak semuanya akan ambil tahu. Terutamanya bila melibatkan isu ayah sakit atau ada masalah lain. Adik-beradik pun bawa diri. Jadi anak-anak yang tiada sumber kewangan yang kukuh ini memang akan ada masalah.

“Jadi saya harapkan, sekali pun dalam kesempitan atau pun dalam situasi mahukan ilmu, pensyarah juga perlu ada rasa empathy,” katanya.

Malah baginya, penggunaan bahasa juga penting kerana apa yang diperkatakan itu boleh memberikan kesan yang tidak baik.

Lebih baik, agar menjadi jalan penyelesaian untuk membantu sekiranya individu terbabit betul-betul tidak berkemampuan.

Panas Telinga Netizen Bila Seorang Professor IPTA Hina Pelajar B40 Hanya Kerana Tiada Laptop

“Yang paling utama sekali, kena jaga bahasa. Sekali pun, bagi nasihat yang betul, bahasa dan juga adab itu yang paling penting. Sebab bahasa (yang diungkapkan) itu boleh men1kam dan menyakitkan hati serta boleh beri impak emosi dalam jangka masa panjang. Mungkin ada cara lain untuk membantu. Sebab pensyarah ini kan ketua.

“Jadi macam mana kalau dia (pelajar) betul-betul susah. Macam mana kita nak salurkan kepada pihak yang boleh membantu. Zakat ke atau apa sahaja. Yang dapat menyelamatkannya daripada kegelapan. Daripada marah-marah, baik kita bantu,” katanya lagi.

Pendiriannya itu dikongsikan Fedtri menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik menerusi Tik Tok. Perkongsian berkenaan mendapat puluhan ribu tontonan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.

Sumber Rujukan:

Video: @fedtriyahya Reply to @muhdaziqfikri ♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah