Maldives Mula Tenggelam Akibat Pemanasan Global
VIRALJanuary 20, 2020 - 03:41 PM
Pulau peranginan idaman ramai, Maldives nampaknya bakal kehilangan keseluruhan pulau melainkan berjaya mengumpul dana dengan kadar segera bagi menatasi masalah yang dihadapi oleh pulau berkenaan akibat perubahan iklim.
Bekas presiden kepulauan berkenaan, Mohamed Nasheed yang terkenal kerana mengadakan mesyuarat kabinet dibawah laut bagi menarik perhatian ramai kepada isu pemanasan global sedekad yang lalu.
Malangnya, sehingga hari ini, Maldives yang terkenal dengan pasir pantai putih dan menarik ramai pelancong kelas atasan ini masih gagal mendapatkan dana yang mencukupi bagi membina infrastruktur yang penting seperti tembok pemisah laut.
Tambah mantan presiden berkenaan, walaupun kawasan Maldives ini tidak terlalu besar, tapi ianya tidak juga mudah dan sekiranya dana tersebut berjaya diperolehi sekalipun, ia mungkin sudah terlalu lambat dan negara berkenaan berkemungkinan habis tenggelam.
Dalam sebuah persidangan UN berkenaan iklim pada Disember ini, Maldives dan beberapa buah negara lagi mendesak supaya mereka menerima dana bagi membantu mereka mengatasi masalah berkenaan iklim dalam jangka masa panjang namun usaha berkenaan gagal.
Persidangan yang sama bakal berlangsung pada November 2020 di Glasgow dan mereka mengharapkan keputusan yang diterima adalah positif.
Sebagai negara yang paling rendah di dunia, lebih daripada 80 peratus tanah di Maldives hanya 1 meter daripada aras laut dan secara tidak langsung menyebabkan populasi kira – kira 530,000 orang berdepan dengan bahaya seperti ribut, kenaikan air laut dan cuaca yang tidak menentu.
Sebagai contoh, pada tahun 2004, tsunami melanda Maldives dan kerugian yang dialami sekitar RM1.9 billion dan turut menjejaskan infrastruktur utama negara berkenaan selain menyebabkan lapangan terbang antarabangsa mereka terpaksa ditutup beberapa hari.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah