Palau Negara Pertama Di Dunia Larang Pelancong Guna 'Sunscreen', Bermula 2020!
VIRALJanuary 22, 2020 - 08:01 PM
Korang pernah tak dengar sebuah negara yang bernama Republik Palau atau Belau?
Min pun macam pertama kali je dengar nama negara ni...hehehe...
Rupanya Palau ini merupakan sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik berjarak lebih kurang 800 km ke Timur Filipina dan 3,200 km ke Selatan Tokyo, Jepun.
Ia juga merupakan salah satu daripada negara termuda dan terkecil di dunia! Oh gitu rupanya...patut tak familiar.
Tapi walaupun begitu, Palau muncul negara pertama di dunia yang melaksanakan undang-undang bagi melarang penggunaan serta penjualan losyen pelindung matahari atau 'sunscreen' kepada pelancong dan penduduk tempatan sejak 1 Januari lalu.
Palau sebenarnya adalah salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia dan popular di kalangan golongan penyelam skuba.
Larangan penggunaan losyen pelindung matahari itu dilaksanakan oleh pihak berkuasa Palau memandangkan kandungan yang ada di dalamnya seperti oxybenzone dan octinoxate mampu merosakkan terumbu karang di dalam lautnya.
Presiden Palau, Tommy Remengesau seperti yang dilaporkan AFP, mengatakan terdapat bukti saintifik bahawa kandungan dalam sunscreen dan sunblock mengandungi bahan berbahaya kepada hidupan karang meskipun dalam kuantiti yang kecil.
Berdasarkan penjelasan International Coral Reef Foundation, oxybenzone boleh menyebabkan kerosakan kepada DNA karang, kecacatan pertumbuhan ikan serta menjadi racun kepada pelbagai spesies hidupan laut lainnya.
Jadi mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan tersebut bakal berdepan denda 1000 Dolar Amerika atau RM4,066 dan losyen mereka akan dirampas.
Sumber: AFP
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah