Pelanggan Salah Pin Location, Abang Rider Mengamuk Tendang Pintu!

VIRAL
May 31, 2022 - 05:46 PM


Ramai rakyat Malaysia tertekan akibat beban ekonomi yang melampau, lebih-lebih lagi pasca Covid-19. Ramai orang yang antaranya dulu mempunyai kerja yang tetap terpaksa menjadi rider menghantar makanan atau sebagainya.

Tanpa kita sedari, kadang-kadang akibat dari perbuatan kita menyebabkan seorang itu hilang atau kurang punca rezekinya.

Viral di TikTok @uciluna_ di mana beliau yang tersilap pin location atau menetapkan lokasi penghantaran telah mengundang rasa marah pada rider penghantar makanan berkenaan.

@uciluna_ Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt 🥲 .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive ♬ suara asli - 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Bukan itu sahaja, pelanggan ini turut terlepas panggilan rider beberapa kali yang sekaligus membuatkan rider berkenaan mengamuk serta menendang pintu pejabatnya.

Menerusi perkongsian, pelanggan ini mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf serta sedia memberi tip lebih kepada rider berkenaan namun itu semua tidak cukup untuk membuatkan rider tersebut daripada menahan rasa marah terhadap pelanggan tersebut.

Meskipun tindakan rider tersebut dilihat kasar, rata-rata netizen seolah menyokong tindakan rider berkenaan mengetahui pelanggan tersebut bukan sahaja tersalah pin location malah turut tidak mengangkat panggilan rider. Harap semua boleh ambil iktibar, jangan sebahagian gimik sudah!

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah