Pemandangan Menakjubkan Puluhan Ribu Penyu Hijau Berenang di Lautan

VIRAL
June 12, 2020 - 05:13 PM


Di kala dunia kemurungan akibat kesan pandemik COVID-19 yang meragut banyak nyawa, namun baru-baru ini ada senyuman sinar kegembiraan apabila masyarakat disajikan dengan sebuah rakaman video viral dari udara yang menunjukkan pemandangan indah dan 'rare' -- di mana ribuan penyu hijau berkumpul di pinggir Great Barrier Reef Australia.

Dilaporkan seorang saintis dari Jabatan Alam Sekitar dan Sains Kerajaan Queensland (DES) berjaya merakamkan video tersebut menggunakan dron di tempat pembiakan penyu hijau terbesar di dunia iaitu  Pulau Raine, kira-kira 620 kilometer dari barat laut Cairns.

Penyu hijau yang diberi nama berdasarkan warna tulang rawan dan lemaknya, banyak terdapat di perairan tropikal dan subtropikal.

Mereka bermigrasi dalam jarak jauh di antara tempat makan dan pantai di mana mereka menetas sekitar 35 tahun setelah mereka dilahirkan.

Penyu hijau juga adalah antara haiwan yang paling terancam akibat perburuan, pengambilan telur mereka secara berlebihan, kehilangan tempat bertelur di pantai dan pupus disebabkan pencemaran manusia.

Pulau Raine merupakan kawasan pembiakan penyu terbesar yang tinggal di dunia, tetapi walaupun menarik kedatangan makhluk itu, saintis mendapati bahawa mereka tidak membiak seperti yang diharapkan kerana persekitaran yang tidak optimum.

Akibatnya banyak penyu yang jatuh dari tebing, terperangkap dalam cuaca panas dan menghadapi banjir di sarang mereka.

Namun menerusi rakaman terbaharu dron itu yang telah viral di media sosial, membuatkan ramai pencinta alam menarik nafas lega dan gembira apabila saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 64,000 penyu berenang di sekitar pulau, menunggu untuk mendarat di pantai dan bertelur.

Sumber: CNN

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah