Pengeluaran KWSP RM10,000 Dibenarkan Kepada Pencarum
VIRALMarch 16, 2022 - 02:26 PM
Ini mungkin berita baik buat mereka yang terdesak memerlukan bantuan kewangan di kala melalui fasa pemulihan pandemik.
Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran itu selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.
Bagaimanapun, kata beliau, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ismail Sabri berkata, ini merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Namun begitu, beliau menjelaskan, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.
"Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
"Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan," kata beliau dalam sidang media khas pada Rabu.
Sumber: Astro Awani
Artikel Berkaitan : Majoriti Rakyat Malaysia Mahu Pengeluaran Terakhir KWSP - Kajian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah