Perarakan Tongkang Emas Diraja Thailand, 12 Disember Depan

VIRAL
October 21, 2019 - 02:40 PM


Siapa yang berminat untuk melihat tradisi acara Diraja Thailand yang penuh adat-istiadat, bolehlah berkunjung ke Bangkok, Thailand pada 12 Disember depan.

Ini kerana anda dapat menyaksikan sendiri betapa menariknya perarakan Tongkang Diraja yang berwarna emas belayar di sepanjang Sungai Chao Phraya iaitu sungai yang terpanjang dan terpenting di Thailand.

Istiadat perarakan 52 tongkang emas dengan 2,200 orang pengayuh itu diadakan untuk menyempurnakan upacara akhir pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn yang ditabalkan pada Mei tahun ini.

Pada mulanya, perarakan tersebut dijadual berlangsung pada 24 Oktober ini, namun ia terpaksa ditangguhkan hingga bulan Disember berikutan arus kuat dan paras air yang dijangka meningkat di Sungai Chao Phraya.

Ramalan cuaca buruk juga diramal bakal menimbulkan kesukaran semasa perarakan.

Kalau anda berminat untuk menonton istiadat bersejarah Thailand ini, anda boleh mula melihatnya di Pangkalan Diraja Wasukri dan berakhir di Pangkalan Ratchaworadit, bersebelahan Grand Palace.

Perarakan tongkang emas diraja itu akan belayar sejauh 3.4 kilometer dan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah