Pulau Langkawi Dibuka Untuk Percutian Bermula 16 September, Tetapi Bersyarat!
VIRALSeptember 09, 2021 - 06:10 PM
Menteri Pelancogan Dato Seri Nancy Shukri menjelaskan bahawa bermula 16 September 2021, Pulau Langkawi sudah mula menerima pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan DIPERKETATKAN (PKPD). Antara syarat yang telah dimaklumkan sebelum ni seperti pengunjung yang dibenarkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi. Selain itu, pelancong yang menggunakan pengangkutan darat wajib menggunakan agensi khidmat pelancongan. Namun bagi pelancong yang menggunakan pengangkutan udara atau dari Kedah dan Perlis tidak diwajibkan mengguna khidmat agensi pelancongan
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah