Qantas Pecah Rekod Terbang Paling Lama Di Dunia
VIRALKorang pernah tak bayangkan travel dengan penerbangan terus tanpa henti selama 19 jam di atas udara?
Giler, kan...tapi itulah yang berjaya dilakukan oleh Syarikat Penerbangan Qantas yang membuat penerbangan langsung tanpa henti paling lama di dunia dari New York hingga ke Sydney, Australia.
Dengan kejayaan tersebut, Qantas kini mempertimbangkan sama ada akan mula menawarkan penerbangan langsung dari kedua-dua bandar itu, tidak lama lagi.
Bagi penerbangan pada semalam (Ahad), hanya 49 orang menaiki pesawat Qantas jenis Boeing 787-9 tersebut.
Ini bagi mengurangkan berat dan menjimatkan minyak bagi penerbangan lebih 16,000 kilometer, tanpa perlu menambah minyak.
Qantas bekerjasama dengan dua buah universiti Australia bagi memantau rasa penat dan kesihatan para penumpang serta kakitangan pesawat itu.
Setelah penerbangan berlepas dari New York, para penumpang menukar masa kepada waktu Sydney dan kekal berjaga sehingga waktu malam di Australia timur, dengan penggunaan lampu, bersenam, serta minum kopi dan makanan yang pedas.
Enam jam kemudian, mereka dihidangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan digalakkan tidur sepanjang malam.
Rutin tersebut diharap akan dapat mengurang rasa penat "jet-lag" semasa penerbangan jauh.
Tahun lalu, Qantas memperkenalkan penerbangan langsung pertama dari Perth, Australia ke London.
Penerbangan 17 jam itu ketika itu adalah penerbangan penumpang yang paling lama di dunia.
Sumber: Mediacorp.sg
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah