Resort Four Seasons Bali Kuarantin 54 Pekerja Selepas Kes Pertama Kematian Pesakit COVID-19 Di Indonesia
VIRALMarch 13, 2020 - 02:40 PM
Four Seasons Resort Bali di Jimbaran telah mengambil tindakan untuk kuarantin 54 pekerja hotel berkenaan selepas kematian seorang wanita Britain yang terkena jangkitan Covid-19 di resort berkenaan pada 11 Mac.
Pusat peranginan berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga setelah pasangan kepada wanita berkenaan pernah menginap di hotel berkenaan walaupun wanita berkenaan tidak menginap di Four Seasons Bali.
Menurut kenyataan; 54 orang dari 596 pekerja telah dikuarantin dan apa yang dilakukan hanyalah langkah berjaga-jaga kerana pasangan wanita berkenaan tidak dikenalpasti sebagai positif Covid-19. Pasangan mangsa dalam keadaan sihat dan baik, menurut kenyataan yang dilaporkan oleh Jakarta Post semalam.
Setakat ini, resort berkenaan beroperasi seperti biasa namun kesihatan dan keselamatan tetamu dan pekerja menjadi aspek utama hotel berkenaan.
Seorang pesakit Covid-19 yang dikenali sebagai kes-25, merupakan seorang wanita berasal dari Britain dilaporkan meninggal di Hospital Sanglah, Rabu lalu. Banyak media mengatakan mangsa pernah menginap di Four Seasons Resort Bali berkenaan namun disangkal oleh pihak hotel.
Menurut kenyataan media yang diberikan Pengarah Kanan Perhubungan Awan dan Komunikasi Four Seasons Hotel Bali, mangsa tidak menginap di Four Seasons kerana beliau terus ke hospital selepas membuat tempahan di Four Seasons dari hotel sebelum itu.
Disebabkan pernah menjadi kontak rapat kepada kes-25, lelaki tersebut telah pergi ke hospital pada 8 Mac untuk pemerhatian dan ditempatkan ke zon isolasi atas langkah berjaga-jaga.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah