Seorang Isteri Dibunuh Kerana Kerap Bermain Tiktok
VIRALOctober 18, 2021 - 03:16 PM
Akibat kemaruk bermain tiktok, seorang isteri dibunuh oleh suaminnya sendiri. Seorang wanita di Surabaya mati dalam pelukan anak lelakinya selepas mengalami cedera parah yang teruk. Mangsa yang dikenali sebagai Dasmani itu ditemui oleh anak lelakinya dalam keadaan berlumuran darah di kediamannya dan menghembuskan nafas terkakhir di pangkuan anak lelakinya ketika ditemui.
Wanita itu dipercayai telah dipukul dengan menggunakan objek tumpul sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan yang teruk. Septia, anak kepada mangsa menerima panggilan daripada ibunya kira-kira pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dan wanita itu mengatakan bahawa dia ‘sudah tidak larat’.“Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada ibu, saya terus pulang ke rumah,” katanya.
Septia turut menyambung sewaktu dia tiba di rumah, dia mendapati pintu rumah itu telah dikunci lantas dia bertindak memecahkannya, sebelum melihat ibunya yang sedang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Ketika bertemu ibunya di dalam rumah, ibunya masih bernafas namun wanita itu meninggal dunia setelah Septia cuba mengangkat tubuhnya untuk mendapatkan bantuan. Septia berkata, dia percaya perbuatan itu dilakukan oleh bapa tirinya sendiri yang cemburu kerana ibunya sering menghabiskan masa dengan bermain tiktok.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah