Sepanjang Tahun 2021 Ni, New Zealand Tak Buka Sempadannya Kepada Pelancong Luar
VIRALNampaknya pada tahun ini mana-mana pelancong yang berangan untuk bercuti ke New Zealand terpaksa membatalkan saja hasrat tersebut memandangkan sempadan negara itu mungkin ditutup hampir sepanjang tahun 2021.
Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata New Zealand tidak akan membuka semula sempadan negara yang telah ditutup secara efektif untuk semua orang kecuali warga yang kembali sejak Mac lalu, sementara wabak itu masih menular di seluruh dunia.
Ini disebabkan kemunculan penularan komuniti pertama dalam tempoh lebih dua bulan pada hujung minggu lalu menunjukkan masih wujud bahaya ditimbulkan Covid-19 kepada sebuah negara yang dipuji atas tindak balasnya mengawal Covid-19
"Memandangkan risiko yang terdapat di seluruh dunia dan ketidakpastian pelaksanaan vaksin global, kita mungkin menjangkakan sempadan akan terus ditutup sepanjang tahun ini," katanya kepada wartawan.
Namun, New Zealand dilaporkan akan terus melakukan gelembung perjalanan dengan negara-negara kepulauan Australia dan Pasifik, yang juga sebahagian besar berjaya mencegah atau mengawal virus berkenaan.
Rancangan untuk membuka gelembung perjalanan pada akhir bulan Mac menimbulkan tanda tanya ketika Australia menangguhkan perjalanan tanpa kuarantin untuk warga New Zealand sebagai tindak balas terhadap kes penularan komuniti terbaru.
Ardern mengatakan bahawa kes itu - seorang warga New Zealand berusia 56 tahun yang baru pulang dari Eropah - "terkawal" dan mengkritik Australia kerana mengenakan semula kuarantin untuk warga New Zealand.
Ardern turut menghubungi Perdana Menteri Australia, Scott Morrison Isnin lalu.
"Sekiranya kita mahu memasuki gelembung perjalanan, kita harus memberi keyakinan kepada semua bahawa mereka tidak akan menyaksikan sebarang penutupan sempadan dengan makluman dalam tempoh singkat bagi insiden yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik di peringkat domestik," katanya.
Pegawai di Canberra pada Isnin mengatakan bahawa larangan terhadap warga New Zealand dilaksanakan sebagai "langkah berhati-hati".
Menteri Kesihatan New Zealand, Chris Hipkins berkata, 15 kenalan rapat wanita yang dijangkiti itu telah diuji negatif terhadap virus berkenaan, yang telah dikenal pasti sebagai varian Afrika Selatan yang lebih pantas menular.
Katanya, penyiasat sedang mencari jawapan bagaimana wanita itu dijangkiti ketika dalam tempoh kuarantin, termasuk kemungkinan ia tersebar melalui sistem penyaman udara hotel.
Sumber: Harian Metro
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah