Siapa Calon Yang Berpeluang Paling Cerah Untuk Jadi PM9?
VIRALDah beberapa hari tular hantaran di media sosial tentang calon-calon yang rakyat Malaysia inginkan sebagai Perdana Menteri yang ke-9, tapi sebenarnya siapa yang paling cerah peluangnya?
Dua ahli Parlimen, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (MP Bera) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (MP Port Dickson) adalah dua calon yang berpeluang paling cerah untuk mendapat kepercayaan Ahli Dewan Rakyat bagi menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, Ismail Sabri kemungkinan dapat meraih sokongan menerusi status quo Perikatan Nasional (PN) manakala Anwar pula daripada Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Menurut Mujibu, kedua-dua tokoh politik tersebut mempunyai peluang cerah menjadi Perdana Menteri jika dibandingkan dengan nama-nama yang lain. Namun, sesiapa yang mampu menarik sokongan parti-parti atau kelompok minoriti iaitu kem UMNO 15 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai kemungkinan yang lebih besar akan menjadi Perdana Menteri ke-9.
Mujibu turut berkata, tiada parti tunggal yang boleh membentuk kerajaan Persekutuan apatah lagi mempertaruhkan calon Perdana Menteri apabila tiada pihak dominan mampu menguasai Dewan Rakyat.
Rakyat kini sudah terbiasa dengan sistem dominan satu parti apabila Barisan Nasional (BN) secara tunggal mendominasi keputusan pilihan raya sehinggalah 2018 dengan parti itu sentiasa menang dengan majoriti selesa dan menjadikan tradisi melantik ketuanya sebagai Perdana Menteri.
Namun sekarang, perara tersebut sudah tidak berlaku kerana tiada mana-mana parti yang mampu memonopoli keputusan pilihan raya dan baginya perkara tersebut bukan sebuah masalah, malah bagus untuk proses pendemokrasian negara.
Ada banyak cara untuk membentuk kerajaan walaupun tanpa majoriti. Namun, masalah terletak pada siapakah yang bersifat negarawan?
Menurut Mujibu, tiada pemimpin kini yang bersifat negarawan kerana penawaran rundingan penubuhan kerajaan perpaduan rentas parti antara blok kerajaan dan pembangkang tidak berjaya.
Mujibu menjelaskan, memandangkan demokrasi menekankan prinsip majoriti, maka angka menjadi asas kepada keabsahan mana-mana Perdana Menteri dan kerajaannya.
Melantik Perdana Menteri kini adalah berdasarkan siapa yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mungkin mendapat kepercayaan majoriti di Parlimen sekali gus ia adalah hak mutlak Seri Paduka dan bukannya keputusan mana-mana parti.
Sumber: UTUSAN ONLINE
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah