Tiada Lagi Pemeriksaan Status Vaksinasi Di Mekah

VIRAL
March 10, 2022 - 05:29 PM


Prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi dimansuhkan mulai Khamis, menurut Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan mengenai prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang disiarkan di laman Twitter rasminya pada Khamis, MoHU turut menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi sebelum mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.

SOP terbaharu itu juga termasuk membatalkan syarat untuk mendapatkan permit bagi mendirikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi makam Nabi Muhammad (SAW), manakala syarat untuk mendapatkan permit umrah dan menziarahi Rawdah tetap dikekalkan seperti sebelum ini.

Pengunjung Haramain kini tidak lagi perlu menjaga jarak fizikal, namun masih diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di dalam kawasan masjid.

Selain itu, pihak kementerian turut memansuhkan syarat untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR atau RTK (Ag), di samping tidak lagi mewajibkan kuarantin bagi para jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah