Warga Lembah Klang Boleh Dapatkan Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Bermula Isnin
VIRALBagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas yang masih belum berjaya mendapatkan temu janji vaksinasi di Lembah Klang kini berpeluang untuk mendapatkan imunisasi secara walk-in mulai Isnin ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata inisiatif terbaru itu adalah sebahagian daripada Operasi Lonjakan Kapasiti yang dilancarkan pada 15 Julai lalu bagi mengekang penularan wabak ini khasnya di Lembah Klang.
Sehingga semalam, 5.6 juta penduduk dewasa di Lembah Klang sudah menerima vaksinasi sekurang kurangnya 1 dos, manakala 2.1 juta telah lengkap dos kedua.
Selain itu, Khairy berkata individu berusia 18 tahun ke atas pula akan dibenarkan untuk walk-in mulai Khamis di PPV yang bakal disenaraikan kelak. Setakat ini, terdapat sebanyak 138 PPV tetap di sekitar Lembah Klang yang masing-masing meliputi 117 buah di Selangor selain 16 lagi di Kuala Lumpur dan baki lima buah di Putrajaya.
Pemberian vaksinasi secara walk-in akan menggunakan sistem first come first serve tertakluk kepada bekalan vaksin yang tersedia di sesebuah PPV dan sekiranya kuota bekalan dos vaksin kehabisan pada hari berkenaan, mereka yang gagal mendapat imunisasi akan diberikan keutamaan pada keesokan harinya pula
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah