Wow, Air India Syarikat Penerbangan Pertama Dunia Guna 'Taxibot'!
VIRALOctober 18, 2019 - 03:49 PM
Air India muncul syarikat penerbangan pertama di dunia menggunakan perkhidmatan 'Taxibot' untuk mengalihkan kapal terbang A-320 ketika penumpang masih berada di dalam pesawat.
'Taxibot' sejenis kenderaan khas yang digunakan untuk mengalihkan pesawat dari ruang letak pesawat ke landasan dan sebaliknya.
Memetik All India Radio, Pengerusi dan Pengarah Urusan Air India, Ashwani Lohani berkata buat pertama kali di dunia Taxibot digunakan ke atas pesawat Airbus.
Penggunaan Taxibot itu bertujuan memelihara alam sekitar dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.
Malah, ia mampu mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 85 peratus serta melambatkan kehausan dan kerosakan enjin.
Baru-baru ini, pesawat AI665 dialihkan landasan buat pertama kali menggunakan Taxibot di Lapangan Terbang Delhi menuju ke Mumbai.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah