Wow, Robot Ikan Lumba-Lumba Bakal Selamatkan Haiwan Dari 'Penjara Zoo'?

VIRAL
October 16, 2020 - 04:31 PM


Fakta menarik untuk anda hari ini. Ikan lumba-lumba hanya berjaya dipamerkan di akuarium pada tahun 1938 kerana sebelum ini kesemua usaha yang dilakukan untuk membuka dolphinarium menemui kegagalan.

Dolphinarium menjadi semakin popular sekitar dekad 60an selepas siri filem dan TV Flipper mendapat sambutan orang ramai.

Tetapi kini dolphinarium dipandang sebagai kekejaman ke atas haiwan yang sepatutnya hidup di lautan terbuka.

Edge Innovations ialah sebuah syarikat yang menghasilkan kesan khas untuk filem dan mereka berjaya menghasilkan robot ikan lumba-lumba yang bergerak seperti haiwan sebenar.

Menarik sekali, robot ini dibangunkan untuk sebuah akuarium di China selepas kerajaan negara tersebut menghalang kemasukan haiwan liar kerana COVID-19.

Robot yang dihasilkan seberat 270 kilogram dan mampu berenang selama 10 jam sebelum dicaj semula.

Menurut Roger Holzberg dan Walt Conti yang menciptanya, robot ini boleh beroperasi selama 10 tahun sebelum perlu diganti.

Apabila berenang di dalam air, ia sukar dibezakan dari haiwan sebenar cuma hanya satu kekurangan robot ini sekarang ialah ia perlu dikawal oleh manusia sepanjang masa.

Kos untuk menghasilkan sebuah robot ialah di antara $40-60 juta (RM171-257 juta) sebuah.

Bagaimanapun, menurut Animatronic Entertainment Portfolio yang merealisasikan idea robot sebagai ganti haiwan sebenar, ia sebenarnya masih lebih murah berbanding kos menjaga seekor ikan lumba-lumba selama 10 tahun.

Dengan wujudnya robot ikan lumba-lumba seperti ini, diharap era haiwan dipenjara di dalam akuarium untuk hiburan manusia bakal berakhir segera.

Sumber: EDGEFX, amanz.my

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah