Lepas Brazil, Mexico, Korea & Thailand, Kini McDonald’s Tampil Dengan Burger Sensasi Portugal!

MAKAN
July 02, 2019 - 11:41 AM


Bersempena kempen ‘Discover the World 2019’ McDonald’s Malaysia kali ini memperkenalkan menu menarik keduanya selepas Spicy Korean Burger iaitu Portuguese Chicken Burger!

Menu yang diinspirasikan oleh citarasa Portugal itu merupakan burger daripada kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran serta salad segar dan kesemuanya diapit dengan ban yang mengandungi emping cili terbaharu.

Hasilnya, satu hidangan sensasi yang kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus citarasa ala Portugal yang mampu mengecurkan air liur korang! 

Menurut Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee, sejak beberapa tahun lalu, McDonald’s telah menerapkan pelbagai citarasa menarik dan perisa unik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan di Malaysia melalui kempen ‘Discover the World’.

Kali ini, McDonald’s menghasilkan dan memperkenalkan sesuatu yang lebih istimewa iaitu Portuguese Chicken Burger yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa!

Tambahnya, apabila menghasilkan menu inovatif, McDonald’s sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggannya dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan citarasa yang lain daripada apa yang pernah disajikan sebelum ini.

Istimewa menu sensasi kali ini, McDonald’s juga bakal memperkenalkan sebuah permainan ‘Augmented Reality‘ baharu bermula 4 Julai ini yang dinamakan Catching Nonando yang mana pelanggan perlu ‘catch‘ atau tangkap sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata.

Para pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Portuguese Chicken Burger, bergantung kepada bilangan ayam Nonando yang ditangkap. Wow, macam best je kan!

Nak lagi gempak, McDonald’s juga akan memperkenalkan ‘satu leaderboard‘ di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada di ranking teratas, yang mana pemenang tempat pertama bakal memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!

Perghhh, lepas kenyang makan burger, mana tau ada chance travel pergi Portugal pula kan...hehehe

Kalau korang berminat nak join, korang hanya perlu klik pada pautan Facebook yang ada di laman web korporat McDonald’s Malaysia atau page Facebook rasmi McDonald’s.

Jadi tunggu apa lagi, jom pergi McDonald’s dan dapatkan set hidangan Portuguese Chicken Burger yang disajikan bersama kentang goreng dan pilihan air Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa dengan harga bermula RM16.99.

Jangan lambat tau sebab menu sensasi terbaru ini hanya untuk masa terhad sementara stok masih ada!

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah