Terbang Sekerap Mungkin Selama Setahun Dengan 'Pas Tanpa Had' AirAsia!

PROMOSI
March 02, 2020 - 11:31 AM


Bagi siapa yang kerap bercuti atau travel ke luar negara, mungkin tawaran terbaharu daripada AirAsia ini berbaloi bagi anda.

Namun perlu diingatkan juga memandangkan penularan wabak COVID-19 masih belum reda, mungkin tawaran ini perlu anda abaikan buat sementara waktu.

Bermula 29 Februari lalu sehingga 7 Mac 2020 nanti, AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk semua ahli BIG AirAsia di seluruh negara.

Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan pas penerbangan tersebut untuk ke negara seperti Australia, Jepun, Korea, China dan India.

Dengan pas berkenaan, anda boleh melakukan penerbangan bermula hari ini (2 Mac 2020) hingga 2 Mac 2021 kelak.

Tetapi perlu diingatkan bahawa penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pelepasan.

Bagi membeli pas penerbangan tanpa had itu, anda boleh dapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia.

Memandangkan tempoh perjalanan bagi pemegang pas tanpa had itu meliputi tempoh setahun, anda mempunyai pilihan untuk membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja dan boleh memilih untuk menerokai destinasi sedia ada atau kembali ke destinasi kegemaran berulang kali pada musim yang berbeza.

Semua pilihan di tangan anda!

Sumber: Newsroom AirAsia

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah