8 Budaya Unik Sambutan Aidilfitri Di Negara Lain, Siap Ada Yang Main Baling Ketupat!
FEATUREDSiapa sangka walaupun Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh semua umat Islam, ianya masih disambut dengan cara yang berbeza di setiap negara. Tapi tidak lah memeranjatkan sebab dekat Malaysia pun negeri-negeri yang berbeza juga mempunyai budaya yang berbeza.
Antara faktor yang membuatkan sambutan Aidilfitri berbeza di setiap negara adalah budaya, serta adat resam negara-negara yang berbeza, memberikan keunikan yang berbeza kepada sambutan mereka.
Ini dia 8 budaya unik sambutan Aidilfitri di negara lain:
ARAB SAUDI
Arab Saudi, sebuah negara yang majoritinya umat Islam, sudah tentu sekali Aidilfitri disambut besar besaran dengan sangat meriah. Selain diberikan 3 hari cuti umum, Aidilfitri di Arab Saudi juga disambut dengan pertunjukan seni persembahan seperti teater, bacaan puisi, perarakan muzik, tarian, dan banyak lagi.
Selain itu, mereka turut terkenal dengan adat di mana lelaki di sana akan menyumbangkan makanan keperluan kepada mereka yang kurang bernasib baik secara rahsia, tanpa pengetahuan si penerima.
AFGHANISTAN
Lebih kurang sama dengan Malaysia, penduduk di Afganistan sangat meriah menyambut Aidilfitri sehinggakan dorang mula membuat persiapan 10 hari sebelum Aidilfitri dengan memastikan rumah mereka dihias dengan indah dan meriah. Kalau kita ada rendang, lemang, dan ketupat, dorang ada Jelabi, Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha.
Selain itu, mereka turut menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sebuah permainan yang dipanggil ‘Tokhm-Jangi’ di mana kaum lelaki akan bermain baling telur rebus yang berwarna-warni. Setiap keluarga akan merebus lebih kurang 200 biji untuk dibaling, dan pemenang ditentukan dengan jumlah telur yang tinggal selepas 'perang telur' tamat. Siapa paling banyak telur, dia menang.
TURKI
Di Turki, sambutan Hari Raya disebut sebagai 'Bayram', dan apa yang istimewa di sana ialah adalah setiap kali menjelang Hari Raya, mereka akan memakai pakaian tradisi mereka yang bernama Bayramlik. Selain itu, apabila mereka bertemu antara satu sama lain pada Aidilfitri, mereka akan mengucapkan Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram.
AMERIKA SYARIKAT
Di negara yang mana Muslim adalah minoriti seperti Amerika, di kawasan yang penduduknya beragama Islam, solat sunat Aidilfitri biasanya akan dilakukan beberapa kali untuk menampung jumlah jemaah yang ramai, dan saiz Masjid mereka yang tidak sebesar dan sebanyak di negara yang majoritinya Muslim.
Sesetengah masjid juga akan menyewa taman bagi memudahkan lebih ramai jemaah untuk menjalankan solat sunat Aidilfitri, selain itu masjid-masjid di sana turut mengadakan jamuan makan sepanjang tiga hari.
CHINA
Tradisi perayaan Aidilfitri di China agak ringkas, tetapi antara yang menjadi simbolik di sana adalah mereka akan berkunjung ke perkuburan Sayyid ‘Ajjak selepas solat sunat aidilfitri, dan membaca ayat Al-Quran serta membersihkan pusara tokoh islam tersebut.
INDONESIA
Sambutan di Indonesia tidak jauh beza dengan budaya sambutan kita di Malaysia, tetapi mereka ada adat yang sangat unik yang dipanggil 'Perang Topat', di mana mereka akan berperang dengan ketupat. Perang ketupat ini adalah amalan yang dilakukan di Lombok, Indonesia dan kebiasaanya akan disambut pada 7 Syawal.
Budaya ini sebenarnya merupakan lambang pendamaian antara umat Islam, dan Hindu di Indonesia.
INDIA
Di India, malam munculnya anak bulan itu dipanggil 'Chaand Raat' di mana umat Islam akan berkumpul di padang atau kawasan lapang untuk sama-sama lihat anak bulan, dan sambil-sambil itu, dorang akan pakaikan inai di tangan dan kaki masing-masing.
Selain itu, mereka juga melakukan perkara-perkara yang dilakukan di Malaysia seperti memberi duit raya, dan bertukar-tukar manisan sesama kenalan dan saudara.
ITALI
Kalau di Malaysia, kanak-kanak yang berkunjung rumah ke rumah akan diberikan duit raya, tetapi berbeza di Itali, kanak-kanak akan diberikan jajan, sama seperti sambutan Halloween. Mereka akan berjalan-jalan rumah ke rumah pada hari-hari terakhir Ramadan dan sama seperti di Malaysia, kanak-kanak perlu bersalaman dengan golongan yang lebih tua sebelum mereka diberikan jajan.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah