Korang Dah Bayar Ke Belum Zakat Fitrah? Ini Kadar Tahun Ini Untuk Setiap Negeri
FEATUREDKalau korang yang dah biasa, memang akan tahu dan dah biasa dengan bayaran zakat fitrah yang perlu dilakukan setiap kali bulan Ramadan, dan perlu diselesaikan sebelum takbir raya, 1 Syawal nanti.
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu tidak kira lelaki atau perempuan Muslim yang berkemampuan, dengan syarat-syarat yang tertentu. Kadar dan jenis zakat yang dikenakan adalah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Ukaran gantang yang dulunya digunakan Nabi Muhammad S.A.W menyamai 4 cupak, sama dengan 3 liter, dan kira-kira 2400 garam. Contohnya, jika makanan asasi penduduk di negara kita adalah gandum, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.
Korang tahu kan hukum Zakat tu apa? Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu dan orang yang wajib dia beri nafkah, jadi kalau korang beristeri, berketurunan lelaki, atau perempuan yang masih dibawah tanggungan korang, maka korang juga wajib membayar zakat ke atas dorang.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, termasuk juga mereka yang murtad selepas memeluk agama islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya, ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan.
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat.
Berikut adalah kadar zakat tahun ini, untuk negeri-negeri di Malaysia. Bagi negeri dengan beberapa kadar zakat, ianya ditentukan dengan sama ada korang memakan beras super tempatan (RM7), ataupun beras import (RM14) termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.
Dengan itu, berikut adalah kadar Zakat di setiap negeri, serta mengikut kemampuan korang:
Perlis
RM7.00
Kedah
RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00
Pulau Pinang
RM7.00/ RM12.00 / RM16.00
Perak
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Selangor
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Negeri Sembilan
RM7.00
Melaka
RM7.00/ RM14.00
Johor
RM7.00/ RM10.00
Pahang
RM7.00
Terengganu
RM7.00
Kelantan
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Sarawak
RM7.00
Sabah
RM6.00/ RM7.50
Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00
Sebelum ini, korang perlu ke Masjid atau pejabat zakat untuk membayar zakat, tapi sekarang tak perlu risau, kalau tak terkejar, boleh je korang settle dalam talian. Antara platform yang korang boleh gunakan untuk membayar zakat ialah Shopee, dan Maybank2u, selain laman sesawang negeri masing-masing.
Jangan lupa, sebelum takbir raya tau!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah