Lelaki Makan McDonald Setiap Hari Selama 20 Tahun
FEATUREDSeorang lelaki dari kota London dikatakan memakan burger McDonald hampir setiap hari selama lebih 20 tahun. David Geyer, menghabiskan ribuan dolar untuk membeli burger dan barangan kegemarannya dari restoran terkenal itu.
Lelaki tersebut telah menghabiskan kira-kira 5,000 euro (RM24,157) untuk barangan McDonald dan 40,000 euro (RM193,257) bagi makanan dibelinya di restoran itu selama ini. Malah, lelaki itu juga mampu makan sehingga 12 hidangan makanan segera dalam tempoh seminggu.
Lebih menarik lagi, dikatakan lelaki ini mempunyai tatu gambar burger dan kentang goreng McDonald di kakinya. Rumahnya juga dipenuhi dengan pelbagai memorabilia menarik dari restoran makanan segera itu termasuk papan tanda Mcdonalddan kad menu hidangan.
Gayer mendapatkan tatu logo Mcdonald pada badannya kerana baginya ia merupakan sebahagian identiti dalam hidupnya. Lelaki itu juga dikatakan sudah memakan 4.360 burger McDonald selama ini.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah