Masa Depan Pelancongan — Perubahan Yang Mungkin Dapat Dilihat Pasca-Pandemik
FEATUREDSelain membawa seribu satu perubahan di dalam kehidupan seharian setiap individu di dunia, wabak pandemik turut menjadi sebuah pengajaran yang besar buat semua individu, badan organisasi, dan pemimpin negara tentang perkara-perkara yang berlaku diluar jangkaan setiap manusia.
Setelah hampir 2 tahun berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat, sektor yang paling teruk terjejas di seluruh dunia, sektor pelancongan dijangkakan bakal melihat sebuah trend yang berbeza yang diubah dek penangan pandemik, dan berkemungkinan perubahan tersebut akan kekal untuk jangka masa yang lama.
Pelancongan selepas pandemik telah membuka peluang untuk pelbagai kolaborasi demi membangkitkan semula industri tersebut yang merangkumi pelbagai sektor, dengan cara yang lebih menyeluruh, menguntungkan, lestari, dan bertanggungjawab untuk masa hadapan.
Dengan kenaikan angka individu yang telah divaksin, pelancongan di beberapa negara sudah mula bangkit. Asia Pasifik bakal melihat pertumbuhan +50.8 peratus iaitu sebanyak 113.55 juta pelancong tahun ini, dan mungkin 2 kali ganda tahun seterusnya.
Antara norma baharu dalam pelancongan yang akan datang adalah tempahan yang lebih last minute dan tiada lagi pelancongan yang dibuat dengan tempahan yang berbulan jauh lamanya. Tinjauan yang dilakukan ForwardKeys mendapati mereka yang sudah mula melancong di beberapa negara lain membuat tempahan tiket kapal terbang selewat 4 hari sebelum hari penerbangan.
4 perubahan ketara yang bakal dilihat adalah:
- Pelancongan domestik akan lebih memberangsangkan dan lebih ramai akan cenderung untuk melakukan aktiviti luar (outdoor) berbanding sebelum ini.
- Kebersihan dan kesihatan akan menjadi sesuatu yang menarik perhatian pelancong.
- Semakin banyak perkara kini akan dilihat dapat dilakukan tanpa kontak (contactless).
- Kelestarian alam sekitar bakal menjadi gaya pelancongan yang baru.
6 perubahan besar dalam trend pelancongan:
- Agensi pelancongan dan pakar pelancongan akan dilihat sebagai keperluan
- Pelancongan alam semulajadi akan dilihat membangun
- Komuniti tempatan yang kecil akan menjadi tumpuan pelancongan
- Kualiti lebih dipandang berbanding kuantiti.
- Melancong ke tempat yang terasa dekat dengan rumah akan lebih digemari.
- Pelancongan akan dilihat sebagai satu kebaikan kepada kesihatan mental.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah