Senarai Pekerjaan Paling Laku Pada Tahun Pandemik 2021, Merujuk Kajian Jobstreet
FEATUREDPandemik Covid-19 telah melanda seluruh negara sejak Mac 2020, hingga memberi impak kepada aspek kesihatan malah situasi ini turut melumpuhkan sektor utama negara iaitu sektor ekonomi. Orang ramai telah hilang pekerjaan tanpa mereka jangka ianya akan berlaku.
Ramai telah hilang pendapatan berbulan-bulan dan atau gaji harian. Ada yang cuba mencari masa terluang di rumah dengan kerja kosong di media sosial dan portal agensi pekerjaan bagi mencari peluang membina semula kerjaya.
Para graduan mendapat kesan lebih tragis lagi apabila baru sahaja menapak ke alam pekerjaan sepanjang tempoh pandemik. Mereka adalah antara golongan yang memerlukan sangat pengetahuan dan bantuan supaya mudah dapat kerja kosong.
Jobstreet membuat satu kajian dan data internal dan menurut kajian tersebut, terdapat 6 jenis pekerjaan paling di laku dan dicari-cari pada tahun 2021 yang korang perlu tahu.
1. Pemasaran Digital
Kini semuanya di hujung jari, begitulah situasi sekarang di mana kebanyakan pekerjaan melibatkan jawatan ‘digital marketing’ kerana ia sangat diperlukan untuk memasarkan sesuatu produk melalui platform digital dan media sosial.
Pemasaran digital merupakan bidang yang luas di mana seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam platform laman web, media sosial, strategi, reka bentuk dan memerlukan kemahiran lisan yang baik.
2. Strategi Media Sosial
Jika anda lihat di mana-mana media sosial tentang sesuatu produk atau jenama itu adalah salah satu pekerjaan seseorang yang melakukan strategi media sosial. Ia berperanan sebagai ‘mastermind’ dalam mengendalikan media sosial.
Pekerjaan ini melibatkan kreativiti untuk meningkatkan interaksi antara bersama pengikut media sosial, menganalisis trend masa kini dan menyediakan kempen bulanan.
3. Pereka UI UX
Pereka User Interface dan User Experience adalah dua kemahiran yang berbeza tetapi keduanya melengkapi dalam proses untuk menyiapkan sebuah aplikasi dan permintaannya semakin meningkat.
4. Logistik
Bidang logistik atau pengurusan sumber memerlukan tenaga kerja yang ramai. Industri ini juga menawarkan banyak peluang pekerjaan yang terdiri daripada penyelia logistik, pengurus rantaian pengedaran sehingga penganalisis rantaian pengedaran.
5. Penulis dan Penulis Iklan
Bagi yang gemar menulis dan mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan, anda boleh mencari pekerjaan ini kerana ia amat diperlukan dalam setiap syarikat. Content writer adalah bidang kerja di mana penulisan tersebut bersifat lebih informasi dan deskriptif.
Manakala copywriter digunakan dalam bidang periklanan, seperti kapsyen pada gambar produk. Terdapat beberapa syarikat yang menggabungkan kedua jawatan ini mengikut pengalaman seseorang.
6. Eksekutif Jualan
Setiap syarikat amat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan jualan dari masa ke masa walaupun berdepan dengan situasi pandemik. Selain mengawal prestasi jualan, ia juga berperanan untuk menjawab segala pertanyaan mengenai produk atau jenama syarikat tersebut.
Pilihan pada kerjaya adalah satu kunci sebelum korang melangkah kaki ke dunia pekerjaan. Lambat atau cepat itu adalah satu proses dan kaji terlebih dahulu minat dan kemahiran korang supaya mudah apabila sesuatu pekerjaan itu melibatkan jawatan seperti senarai di atas.
Sumber: mstar
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah