Taiwan - Palau Rasmikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa Pertama Asia
FEATUREDSelepas lebih setahun pandemik melanda, gelembong pelancongan antarabangsa Asia yang pertama akhirnya dirasmikan antara Taiwan dan Republik Palau.
Kedua negara tersebut telah membuka laluan bagi penduduk di kedua-dua buah negara untuk melancong ke pergi dan pulang tanpa memerlukan kuarantin, namun masih mengikuti tatacara yang sudah ditetapkan.
Gelembung tersebut dilancarkan pada 1 April dan pesawat pertama yang meninggalkan Taoyuan Internation Airport, Taipei, China Airlines berlepas ke Palau pada jam 2:30, dan mendarat pada 7:30 petang waktu Palau.
Walaubagaimanapun, peraturan yang ditetapkan adalah sangat ketat, pelancong perlu berada di lapangan terbang 5 jam sebelum waktu berlepas untuk diberikan ujian Covid19, dan keputusan ujian dijangka siap pada jam 1 tengahari, sebelum kesemua pelancong dibenarkan menaiki pesawat.
Bukan itu sahaja, pelancong juga hanya dibenarkan melancong melalui agensi-agensi pelancongan yang diberikan pelepasan oleh kerajaan masing-masing, dan perlu tertib pada jadual perjalanan yang ditetapkan. Tarikan, dan hotel juga hanya ditetapkan oleh pihak agensi, selain pemakaian pelitup muka pada setiap masa adalah wajib.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah