Dendi Kembali Ke Arena Dota2, Perkuatkan Tigers

SUKAN
January 23, 2019 - 12:44 PM


Mengejutkan! Rasanya ini berita yang paling banyak diperkatakan dalam dunia gaming terutamanya Dota2. Dendi atau nama sebenarnya Danil Ishutin yang sebelum ini bersama pasukan Natus Vincere (Na’Vi) kini sertai pasukan Tigers yang berpangkalan di Malaysia dan melengkapkan 5 pemain yang diperlukan dalam satu pasukan.

Dendi yang sebelum ini tidak bermain dalam mana-mana liga professional Dota 2 selepas diketepikan oleh Na’vi selepas kejohanan TI sebelum ini. Walaupun ada sertai beberapa permainan sebagai gantian, Dendi tidak terikat dengan mana-mana pasukan pada siri DPC 2018-2019.

Pasukan Tigers baru-baru ini mengumumkan yang dua daripada pemain mereka iaitu Lai Jay Son (Ahjit) dan Muhammad Rizky (inYourdreaM) meninggalkan Tigers untuk sertai pasukan lain. Selepas itu, berita baik untuk peminat Tigers apabila mereka mengumumkan Chai Yee Fung (Mushi) adalah salah seorang penganti. Dan mereka mencari seorang lagi pemain.

Teka-teki peminat akhirnya terjawab apabila Tigers mengumumkan bahawa Dendi akan melengkapkan senarai pemain mereka menerusi satu posting di Twitter.

Tigers Dota kini dikatakan sedang membuat persiapan untuk bertanding di DreamLeague Musim ke-11 iaitu Open Qualifier untuk Stockholm Major.

Para Pemain Tigers :

 Danil "Dendi" Ishutin
 Chai "Mushi" Yee Fung
 David "Moonmeander" Tan
 Kenny "Xepher" Deo
 Sivatheeban "1437" Sivanathapillai

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah