Liverpool Akan Menghadap Manchester City Hujung Minggu Ini Dengan Lebih Tenang

SUKAN
October 01, 2021 - 05:40 PM


Liverpool dan Manchester City akan meneruskan perseteruan mereka di persada Liga Perdana hujung minggu ini sementara Chelsea dan Manchester United menunggu peluang untuk kembali berada di landasan yang betul.

Liverpool dan City menjadi kuasa dominan dalam bola sepak England apabila berkongsi empat gelaran antara mereka di bawah kendalian Pep Guardiola dan Jurgen Klopp.

City memberi amaran kepada pencabar lain dengan mengalahkan chelsea 1-0 minggu lalu namun Liverpool masih kekal tanpa kalah dalam enam perlawanan dan kini satu mata di depan City, Chelsea dan United biarpun begitu, mereka terpaksa berkongsi mata ketika berdepan Brentford minggu lalu.

 

Terdapat beberapa faktor yang mendatangkan kelebihan kepada tuan rumah iaitu Liverpool apabila skuad kendalian Guardiola berada dalam keletihan selepas mengharungi minggu yang sibuk. Tiga hari selepas menang di Stamford Bridge, juara England itu tewas 2-0 kepada Paris Saint-Germain di ibu kota Perancis pada peringkat kumpulan liga juara-juara.

Liverpool sebaliknya menewaskan Porto 5-1 dan berjaya mendapatkan tempat selesa di peringkat kumpulan mereka. Bagaimanapun skuad Reds akan bertanding tanpa pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold kerana masalah kecederaan pangkal paha.

"Jelas apabila anda ada kecederaan di bahagian otot, sukar untuk bermain pada hari Ahad," kata Klopp. "Tiada kecederaan otot yang pulih secepat itu."

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah