Pusat Beli Besar Bertema Terbesar Di Dunia – Ibnu Battuta Mall, Dubai

TARIKAN
November 01, 2019 - 12:03 PM


Mengambil nama sempena pengembara terkenal dalam tamadun Islam, Ibnu Battuta, pusat beli belah di Dubai ini dikatakan pusat beli belah bertema yang terbesar di dunia.

Mempunyai lebih daripada 400 kedai yang menawarkan pelbagai barangan berjenama daripada high-end sehinggalah pakaian mampu milik. Selain itu, mall ini juga menempatkan pelbagai jenis restoran dan pengunjung mempunyai pilihan untuk memilih makanan India, Itali, Thai, Arab dan banyak lagi.

Terdapat 24 buah restoran utama, 36 restoran di medan selera dan 27 buah café. So secara keseluruhan, terdapat sekitar 87 buah kedai untuk makanan sahaja!

Pusat beli belah ini terbahagi kepada 6 zon utama yang disebut sebagai ‘court’ dan ini adalah berdasarkan destinasi yang telah dijelajah oleh Ibnu Battuta iaitu, China, India, Parsi, Mesir, Tunisia dan Andalusia.

Kesemua zon ini memaparkan sedikit sebanyak ‘perjalanan’ Ibnu Battuta dengan rangkaian kedai, hiburan dan makanan mengikut tema.

Kalau nak diikutkan, mall ini berjaya menarik sekitar 20 juta orang pengunjung setiap tahun sejak ianya dibuka pada tahun 2005. Sebagai salah satu tempat tarikan atau ‘must-see’ di Dubai, mall ini akan diluas dan dibesarkan lagi sehingga mampu memuatkan 1,000 buah kedai.

Lokasi:

Mall ini dubuka jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah