Acara Dan Perayaan Di Malaysia Pada Januari 2020

TARIKAN
December 13, 2019 - 02:54 PM


Tahun Melawat Malaysia 2020 bakal bermula tak lama lagi dan seperti empat edisi tahun melawat Malaysia sebelum ini, dijangkakan 2020 tidak kurang hebatnya dengan jangkaan ketibaan 30 juta orang pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Untuk rekod, Tahun Melawat Malaysia 2014 menerima lebih daripada 28 juta pengunjung dan diharapkan bilangan tersebut bakal bertambah lagi tahun hadapan.

Berikut adalah acara serta aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang bulan Januari 2020 di Malaysia. Kalau nak diikutkan, Kementerian Pelancongan , Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menyediakan e-kalendar bagi acara – acara yang telah disusun pada 2020. Kami nak highlightkan apa yang menanti kita di Januari dahulu.

 

#1. Sambutan Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan salah satu daripada acara dan perayaan yang diraikan di Malaysia.

Untuk tahun ini, sambutan besar – besaran akan diadakan di Jonker Street, Melaka bermula 1 Januari hingga 29 Februari.

 

#2. 17th LADA KFC Royal Langkawi International Regatta

15 Januari 2020 - 19 Januari 2020

Lokasi : Pusat Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah

Sebuah regatta yang diadakan bertujuan untuk memupuk bakat baru dan muda dalam belayar. Selain itu, peserta muda ini akan mendapat pendedahan kepada pelbagai keadaan pelayaran di Langkawi, pengalaman berharga ini akan membantu pelayar muda untuk unggul dan mampu bersaing dalam pertandingan belia antarabangsa.

 

#3. Royal Langkawi International Regatta

6 – 11 Januari 2020

Regatta Antarabangsa Royal Langkawi kembali lagi dan seperti kebiasaan akan menjadi tumpuan para pelayar seluruh dunia.

Pengunjung boleh menyaksikan kehandalan pasukan – pasukan bertanding mengemudi kapal mereka untuk mengharungi perairan  Langkawi.

Lokasi : Royal Langkawi Yatch Club

 

#4. Festival Kraf Tekstil Pantai Timur

23 Januari – 2 Februari

Promosi berskala besar ini dalam masa yang sama meraikan ulangtahun ke-101 industri kraf batik di negeri Kelantan. Bakal diadakan di Kota Sultan Ismail Petra, Kelantan.

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang festival, antaranya gerai makanan tradisional, demonstrasi pembuatan batik serta tenunan songket.

 

#5. Tioman Surf Festival Vol 19

31 Januari – 2 Februari 2020.

Festival luncur air atau surfing ini telah memasuki edisi ke-19 pada 2020 nanti. Sama seperti edisi tahun – tahun sudah, ramai peluncur air terutamanya dari Maldives, Australia, Perancis dan lain – lain dijangka akan ‘berkampung’ di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Selain pertandingan surfing, pelbagai acara lagi akan diadakan bagi memeriahkan festival seperti projek konservasi dan persembahan.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah