Makan Atas Awan, Perhentian Dalam Perjalanan Daki Gunung Kinabalu
TARIKANMay 07, 2021 - 07:24 PM
Bagi mereka yang belum berpengalaman mendaki Gunung Kinabalu, mesti korang ingat yang mendaki Gunung Kinabalu ini semata-mata mendaki dari bawah sampai atas, kemudian turun balik kan? Tapi sebenarnya, perjalanan mendaki Gunung Kinabalu ni sangat menarak dan korang akan disajikan dengan bukan sahaja pemandangan yang cantik, malam perhentian-perhentian yang unik.
Antaranya, Laban Rata Rest House, yang memberikan korang peluang untuk makan atas awan sebagai pit stop terakhir sebelum korang tiba di Low Peak.
Selain itu, Laban Rata Rest House bukan sahaja tempat yang menarik untuk dijadikan tempat makan dan minum ketika menaiki Gunung Kinabalu, malah Laban Rata turut dilengkapi dengan penginapan yang selesa bagi mereka yang ingin berhenti dan berehat.
Penginapan di Laban Rata lengkap dengan fasiliti tangki simpanan, bilik gerakan kecemasan, mesin penjana elektrik, serta kemudahan signal untuk korang menggunakan telefon bimbit.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah