Menara Eiffel Bertambah Tinggi Sebanyak 6 Meter. Ini Sebabnya...
TARIKANJika sebelum ini ketinggian menara yang menjadi simbolik kota cinta Paris iaitu Eiffel Tower adalah 324 meter -- namun kini ia merekodkan ukuran baharu 330 meter atau 1,083 kaki.
Menara terkemuka dunia yang dibina sejak abad ke-19 itu menyaksikan ketinggian baharu selepas antena audio digital DAB+ dipasang di puncaknya dengan menggunakan sebuah helikopter pada Selasa lalu.
Dengan rekod ketinggian baharu itu menjadikan Menara Eiffel kini setinggi 81 tingkat bangunan dan tampil sebagai struktur tertinggi di Paris!
Menelusuri sejarah, struktur keluli itu mula dibina pada 28 Januari 1887 oleh Gustave Eiffel iaitu pada 135 tahun yang lalu.
Ia secara rasmi disiapkan sepenuhnya pada 15 Mac 1889 sebelum dibuka kepada pengunjung pada pada 31 Mac tahun yang sama.
Société d'Exploitation de la Tour Eiffel (SETE) merupakan badan yang bertanggunjawab menyelia menara keluli penuh terkemuka dunia itu.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah