Muzium Ikan Paus Akan Dibuka Di Norway Pada Tahun 2023

TARIKAN
February 10, 2021 - 11:55 AM


Wow, nampaknya lokasi ni akan masuk dalam bucket list kebanyakan kaki travel di luar sana. Untuk pengetahuan korang, muzium ini akan di buka di pulau Andoya yang terletak di bahagian Utara Norway pada tahun 2023. Kenapa muzium ini dibuka di sini? Ini kerana Norway merupakan lokasi terbaik untuk melihat ikan paus.

Pekan di Pulau Andoya ini hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari laut dalam dan seringkali dilawati oleh ikan paus yang sedang berhijrah dari kawasan lain. Muzium ini diberi nama The Whale dan korang boleh tengok sendiri rekaan unik yang menyerupai ikan paus pada binaannya. Dan pelancong juga boleh berjalan di bumbung muzium tersebut.

Muzium ini bakal mempunyai beberapa fasiliti seperti ruangan pameran, pejabat, kafe, dan kedai cenderamata. Rekaan oleh Dorte Mandrup, sebuah syarikat senibina Danish, akan kelihatan seolah-olah ekor ikan paus sedang naik ke permukaan sekiranya dilihat dari laut. Ada juga lokasi untuk campfire di sekitar bangunan ini bagi menarik pelancong datang.

Untuk pergi ke lokasi ini, korang perlu menaiki bot selama satu jam dari Andenes. Dan kalau korang bertuah, korang boleh tersempak dengan orcas, ikan paus humpback, dan dolphin! Jadi apa pendapat korang mengenai design yang bakal dibina ini? Bagi min, muzium ini merupakan salah satu muzium paling unik yang min pernah tengok dan tak sabar nak pergi ke sana pada tahun 2023 akan datang.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah