Umrah Lebih Cepat & Pantas Dengan Kereta Api Laju, 3 Jam Sahaja Madinah-Mekah

TARIKAN
January 20, 2020 - 03:55 PM


Sebagai seorang Muslim tentunya kita semua mengimpikan untuk melaksanakan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji atau paling tidak melakukan umrah di Tanah Suci Mekah.

Dengan pelbagai kecanggihan teknologi terutama dari segi pengangkutan, kini perjalanan untuk melakukan ibadah haji serta umrah semakin hari semakin cepat dan pantas.

Bukan sahaja adanya kemudahan kapal terbang, malah perkhidmatan kereta api laju dari Madinah ke Mekah juga banyak membantu para jemaah memendekkan lagi tempoh perjalanan ibadah mereka dengan kelajuan 300 kilometer per jam.

Seperti seorang pengguna Facebook ini, Safuan Rahim yang berkongsi pengalamannya menaiki 'Haramain High Speed Railway' dengan hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Berikut antara perkongsiannya:-

Kami memilih kereta api laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja. Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.

Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30, manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram dengan menaiki Uber RM20.

Setelah tiba di stesen kereta api prosesnya hanya imbas tiket, pemeriksaan diri dan bagasi.

Dinasihatkan terus berniat umrah apabila di dalam kereta api kerana khuatir kita leka mengambil gambar pemandangan atau sebagainya.Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit kereta api mula bergerak.

Antara kemudahan yang disediakan ialah tandas di setiap gerabak, tempat mengecas telefon dan kafeteria. Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi. Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.Fii amanillah..Allah Ma'akum

Sumber: Safuan Rahim 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah