4 Tips Mudah Untuk Anda Yang Ingin Ke Korea Selatan!
TRAVELApril 01, 2022 - 04:10 PM
Mesti ramai yang rindu nak terbang ke Korea Selatan kan? Demi meraikan pembukaan sempadan negara hari ini, jom kita tengok beberapa perkara yang perlu anda lakukakan untuk melancong ke Korea Selatan! Khabar baik untuk warganegara Malaysia, anda boleh ke Korea tanpa visa!
1. K-ETA
Berkuatkuasa pada 30 Mac 2022, anda perlu memohon K-ETA untuk dibenarkan masuk ke negara tersebut. Borang ini perlu diisi lengkap dan disahkan supaya anda boleh melancong ke Korea tanpa visa. Ini untuk percutian jangka pendek je tau!
Antara perkara yang anda perlu diberi perhatian:
i) Memohon K-ETA sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan anda, lagi awal lagi baik kerana setiap permohonan perlu diproses dan disahkan. Jadi, untuk mengelak sebarang kesulitan dinasihatkan untuk memohon 2-3 hari sebelum anda terbang ke Korea!
ii) Anda perlu membayar RM 35 untuk dapatkan borang K-ETA, jadi sediakan kad kredit anda!
iii) Antara butiran yang diperlukan untuk K-ETA adalah email anda, maklumat passport dan maklumat penerbangan anda. Kalau anda sudah sediakan itenari lengkap lagi mantap!
2. Ujian PCR
Sudah menjadi pengetahuan umum, kebanyakan negara hanya membenarkan pelancong yang dapat keputusan negatif untuk PCR bakal dibenarkan masuk. Begitu juga dengan Korea Selatan. Anda perlu menjalani ujian PCR 48 jam sebelum berangkat. Anda juga perlu mendaftar keputusan negatif tersebut di Q-Code (Website Rasmi Korea Selatan)
3. Kuarantin
Berita baik untuk semua warganegara yang telah lengkap menerima vaksin, anda tidak perlu kuarantin setelah tiba di Korea! Anda cuma perlu bukti atau sijil digital yang membuktikan status vaksinasi anda. Terus ke website Q-Code untuk disahkan.
Antara butiran lain yang diperlukan untuk mengisi borang ini adalah maklumat tiket penerbangan, pengesahan keputusan ujian Covid-19, dan juga maklumat kesihatan. Maklumat kemasukan dan penginapan juga diperlukan!
Setelah lengkap diisi, satu QR code akan diberikan kepada anda untuk kegunaan sepanjang masa anda berada di Korea!
4. Insuran Pelancongan
Anda dinasihatkan untuk mengambil insuran pelancongan demi perlindungan diri, namun anda masih boleh melancong ke Korea tanpa insuran!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah