Cara Terkini Memohon Visa Pelancong Ke Pakistan (2022)

TRAVEL
May 12, 2022 - 03:45 PM


1) Tiada lagi permohonan secara manual di Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di Jalan Ampang. Saya sudah ke sana sendiri pada bulan Mac 2022 untuk bertanyakan tentang visa dan persoalan lain. Mereka hanya akan memproses permohonan melalui portal sahaja: https://visa.nadra.gov.pk/

2) Seeloknya mohon 2 minggu sebelum penerbangan. Kelulusan diberikan dalam masa sehari dua sahaja jika tiada sebarang masalah terhadap permohonan tersebut. Tarikh visa bermula pada hari ia diluluskan, jadi, rugi la pula kalau mohon awal-awal tapi tarikh penerbangan lambat lagi.

3) Harga: USD 8.18 untuk seorang untuk 3 bulan visa. Payment method: Credit/debit card

4) Satu login account boleh digunakan untuk memohon lebih daripada satu visa. Jadi, tak perlu daftar akaun banyak-banyak untuk travel companion yang lain.

5) Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik:

(a) Gambar berukuran passport berlatarbelakangkan warna putih. Saya ambik gambar sendiri pakai handphone saja, crop ikut dimension/aspect ratio yang betul, dan resize bagi kecil sikit mengikut had KB dan pixels yang dibenarkan supaya boleh upload. Guideline untuk gambar boleh download sendiri di portal.

(b) Letter of Invitation (LOI) ATAU Confirmed Hotel Booking. Disebabkan trip saya ni DIY dan tak pakai mana-mana local tour agent, jadi saya hanya upload hotel booking confirmation sahaja.

*@Salman Mushtaq arrange untuk saya sewa motosikal daripada kawannya di Gilgit - Karakoram Bikers, kemudian saya explore sendiri mana nak pergi, lebih kurang 600 km dalam masa yang agak terhad.

(c) Passport

(a) sampai (c) adalah yang wajib dimuatnaik, tapi saya tambah juga dokumen yang tak wajib: itinerary dan tiket penerbangan supaya permohonan lebih kukuh.

6) Masa isi online, pilih yang berikut (kalau pilih selain yang ni, kemungkinan akan perlu beri dokumen sokongan tambahan atau ditemuduga terlebih dahulu)

  • Visa Category: Tourist/Visit
  • Visa Sub Category: Individual (less than 3 months)
  • Visa Entry Type: Single Entry
  • Application Type: Entry

Selamat melancong ke Pakistan!

*Gambar-gambar dan cerita pengalaman di Northern Pakistan saya banyak share di IG story saja. @shnorsukhairin

Perkogsian dari Sharifah Norsukhairin

Pemandangan Hunza Valley dari balcony bilik hotel di Karimabad

Pemandangan selepas waktu subuh dari bilik guesthouse di Hoppar Village

Skardu

Khunjerab Pass, Pakistan-China border. Temperature waktu ni lebih kurang 2-3 degree Celsius. Saya stay kejap ja then terus ride turun. Tak tahan sejuk.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah