Kemboja Membenarkan Pelancong Dari Seluruh Dunia Tanpa Perlu Kuarantin

TRAVEL
November 15, 2021 - 05:03 PM


Kemboja kini membuka pintu sempadan kepada pelancong antarabangsa yang sudah lengkap divaksin dan lebih menarik lagi, kesemua pelancong yang datang ke negara tersebut tidak perlu menjalani kuarintin selepas memasuki negara tersebut.

Industri pelancongan Kemboja terjejas teruk akibat Covid-19 kerana sekatan perjalanan dari seluruh dunia disekat maka ramai orang tidak dapat merentas negara. Perdana menteri mereka membuat pengumuman mengejut mengenai kebenaran itu semalam dan menyaksikan semua pelancong asing dan golongan ahli antarabangsa boleh masuk ke negara itu tanpa perlu kuarintin.

Selain itu, para pelancong juga dibenarkan mengnjungi semua destinasi pelancongan di seluruh Kemboja tanpa sebarang sekatan perjalanan.

Pelancong yang ingin masuk ke negara ini hanya perlu menunjukkan dua keputusan ujian Covid-19 yang negatif, yang diambil dalam tempoh kurang 72 jam sebelum perjalanan dan satu lagi selepas tiba di Kemboja.

Bagi pelancong yang belum atau enggan menerima vaksin Covid-19, mereka perlu kuarintin diri mereka selama 14 hari selepas tiba semula ke negara ini.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah