Laluan VTL Darat Malaysia-Singapura Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi!
TRAVELKhabar baik buat anda yang ingin ke Singapura! Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Darat bakal dilancarkan beberapa minggu lagi. Kalau macam ni lagi mudah la anda nak memandu dan bercuti ke Singapura kerana tidak perlu kuarantin sebaik tiba di sana
Sebelum ini, kedua-dua negara pada 8 November lalu mengumumkan akan melancarkan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November 2021.
Namun, harus diingat ia tidak akan sama seperti sebelum Covid-19 apabila hampir 200,000 hingga 300,000 orang melakukan perjalanan antara kedua-dua negara setiap hari. Terdapat beberapa syarat atau panduan yang mesti dipatuhi.
Sebagai permulaan, terdapat had dalam bilangan pergerakan harian. Jadi untuk anda yang dah lama tak bersua muka dengan ahli keluarga yang menetap di Singapura, atau korang yang dah rindu nak bercuti di Singapura kita sama-sama nantikan tarikh rasmi VTL darat!
Sumber: Utusan Online
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah