Lelaki Ini Kongsi 11 Tips Penting Korang Kena Tahu Sebelum Melancong Ke Switzerland

TRAVEL
April 06, 2022 - 02:15 PM


Bermula 1 April lepas, Switzerland antara negara di dunia yang memutuskan untuk menarik semula semua sekatan Covid-19 -- termasuk turut memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan, serta keperluan untuk mengasingkan diri selama 5 hari selepas disahkan positif Covid-19.

Terkenal dengan keindahan semulajadi negaranya yang dikelilingi gunung ganang cukup memukau dan mempesonakan, tidak hairanlah Switzerland sering menjadi destinasi percutian idaman bagi pelancongan antarabangsa termasuk Malaysia.

Jadi jika nanti korang mempunyai perancangan untuk melancong ke Switzerland, ketahui dahulu tips serta beberapa perkara penting negara tersebut agar memudahkan proses percutian korang di sana.

Jom baca perkongsian Muhammad Shuk ini yang berkesempatan bercuti ke negara cantik tersebut!

Switzerland merupakan negara cantik yang dikelilingi gunung ganang. Pengalaman drive di sekitar Andermat, Simplon Pass, Furka dan Zermatt memang memukau pandangan.

Di sebalik keindahan alam, banyak pengalaman yang aku belajar pada trip kali ni.

1) Switzerland menggunakan 4 bahasa (English, Italy, France dan German).

Contoh macam Geneva dan Sion, banyak menggunakan bahasa france. Pengalaman ketika kereta kena pecah di Sion. Terpaksa guna google translate masa buat polis report. Tertinggal swiss half fare pass, staff di kaunter keretapi di Zermatt hny pandai berbahasa italy. mungkin sebab zermatt dekat dengan sempadan italy.

2) Berbaloi ke naik Glacier Express?

Bergantung pada budget. Kalau takda duit, naik train biasa pun dapat view yabg sama. The best view ialah dekat filisur masa train masuk dalam gunung (ada dalam link video kat atas). Layanan glacier express tak best pun. Sebabnya aku tak order makanan langsung sebab tak confident dengan halal status. Dia layan orang yang order makanan je. Kalau ko order air panas sampai kesudah tak dapat.

3) Swiss Half Fare Card

Bagi yg sewa kereta memang berbaloi ambil kalau plan nak naik banyak gunung contoh gornergrat, top of europe dan lain-lain. Berbanding swiss travel pass yang hanya dapat sikit je diskaun kat top of europe, swiss half fare dapat potongan 50% untuk semua destinasi. Sy sarankan beli online sebab kalau beli kat kaunter, kalau tertinggal pass susah sikit nak print balik. Pernah tertinggal, kena drive 3 jam (return) semata-mata nak ambil balik pass ni. Walaupun dalam apps kata boleh print kat kaunter tapi bila cuba dia orang tak boleh buat disebabkan cara print yang agak rumit. Kalau beli pass ni sentiasa bawak ke mana-mana plus passport sebab dia akan check.

4) Drone memang susah nak terbang kat Switzerland.

Aku ambil insurance sebab drone lebih dari 500 gram kena ada insurance private liability bernilai CHF 1mil. Nak terbang memag susah sebab cuaca sejuk drone selalu meragam dan sikap orang sana yg tak suka kita terbang drone. Kalau dapat terbang pun tak sampai 5 minit mesti dah kena tegur. Kat sana kalau tak dengar cakap dorang,, dorang akan report polis. Pernah sekali terbang di interlaken, orang tu tegur dan disebabkan aku lambat sikit, dia terus call polis. Nasib baik sempat landing dan blah dari situ. Video kat atas kebanyakkannya video drone yang aku sempat rakam.

5) PCR Test

Ujian PCR di sini jenis kumur cecair dan agak simple berbanding Malaysia yang suka rodok dalam hidung secara melampau.

Harga paling murah CHF99, di bandar zurich. Buat sebelum 3.30pm dah balik dapat sebelum 9pm. Kalau selepas 3.30pm, result pukul 1 hingga 3 petag esok. Disebabkan murah, layanan agak tak best dan komunikasi pun susah sebab majority hanya pandai berbahasa german. Kenalah pakai google translate.

6) Susah jumpa masjid.

Di sana masjid susah nak cari tapi kalau type islamic centre banyak sangat. Tempat pun selesa.

7) Semua perkhidmatan berbayar.

Kat sana semua berbayar, parking boleh bayar pakai apps. Aku pernah bayar lebih dari 5 kali. Punca sebab resit tak dikeluarkan dari mesin parking. Nasib baik dapat refund balik lepas contact menggunakan apps melalui apps rail dan Park.

8) Makanan halal.

Makanan halal tak susah nak cari kalau di tempat tarikan pelancong macam interlaken, zurich dan zermatt. Kalau macam nendaz memang takda.

9) Kawalan sempadan.

Sempadan ada post pengawal tak macam negara di Scandinavian. tapi so far lepas je masuk france dan italy. Kat italy, hampir kena saman sebab tiada permit. InsyaAllah saya akan share pada post akan datang pasal pengalaman di italy dan france.

10) Cukai pelancong.

Kat switzerland, diaorg akan kenakan cukai tourist. Standby duit utk ni. Airbnb pn dia akan kutip extra. Di switzerland, saya pernah tinggal airbnb, hotel dan time share. Average per night RM300 tengok pada tempat. Kalau di zermatt, airbnb paling murah semalam pun dah rm1.1k.

11) Kereta sewa

Janganlah ambik yang murah macam explore vacations. Kalau compare rate dengan reputable company macam enterprise, kos 2 minggu memang la boleh save rm2k tapi bila berlaku musibah sengsara giler. Disebabkan kereta kena pecah, deposit 1k chf kena charge dalam credit card. Proses claim dengan insurance 3rd party memang slow giler dan explore vacation tak membantu. Aku terpaksa cancelkan separuh jalan sebab kereta sewa back up takda. Dia offer kereta besar dan kena bayar lebih. Dahla aku booking auto tapi dapat manual, memang kena scam. Sengsara drive kawasan gunung macam dekat nendaz dan grimentz. Lps pulangkn kereta, ambik dengan enterprise, kereta calar pun tiada masalah sebab insurance ambil dengan dorang. Biarlah mahal dari tak menyesal dikemudian hari. Di switzerland, kereta sewa akan check details kalau tak ambil full insurance dengan dorang. Saya cadangkan baik ambil.

Ok tu sahaja yang saya nak share!

Perkongsian & Kredit Gambar: @MssaWorldtravellers, Muhammad Shuk

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah