Tips Untuk First – Timer Ke Vietnam; Ini Yang Perlu Anda Tahu
TRAVELNovember 14, 2019 - 02:08 PM
Jika anda dalam perancangan atau sudah merancang untuk ke Vietnam dan ini merupakan kali pertama anda ke sana, jangan risau, kami akan bantu anda membuat persiapan tersebut.
Kalau nak diikutkan, banyak perkara yang boleh membuatkan kita jatuh cinta dengan Viernam, baik dari pemandangan, kepelbagaian etnik dan persisiran pantai yang hampir 3000 kilometer secara keseluruhan.
Selain kemudahan pengangkutan, Vietnam merupakan destinasi yang menawarkan pelbagai makanan yang murah namun untuk mencari yang halal atau mesra muslim itu mungkin mencabar. Negara mana yang tidak mencabar kan?
Disini, kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda yang pertama kali ingin ke Vietnam. Ala – ala tips newbie ke Vietnam lah ni kiranya.
#1. Jangan Malu Bertanya
Muka orang Malaysia ni, pusing – pusing mana sekalipun diorang tahu kita dari Asia. Jadi, jangan terkejut kalau tiba – tiba diorang bantai cakap bahasa Vietnam dengan anda. Dari segi bahasa, disebabkan negara mereka pernah dijajah, jadi English mereka agak baik dan mereka ni peramah orangnya. Jadi kalau takt ahu apa – apa, jangan malu bertanya.
Kalau susah sangat, bukak google translate. Cari bahasa Vietnam. Cara ini juga cara yang sama kami gunakan ketika ke ceruk Thailand dulu.
#2. Dapatkan Line Telefon
Perkara ini selalu kami ingatkan dalam kebanyakan entri kami disini. Sambungan telefon diluar negara amatlah penting, lagi – lagi negara yang penguasaan bahasa luarnya agak kurang sedikit. Selain boleh menggunakan internet, banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan adanya internet.
Sebagai contoh nak pesan grab, nak cari makanan halal dan lain – lain. Sekiranya tak mahu membeli kad sim tempatan, altenatifnya adalah menggunakan wifi percuma yang ada di restoran mahupun hotel. Tapi ingat, kalau kawasan yang tiada kemudahan tersebut, agak sukar juga. Jadi, apa salahnya anda sewa sahaja poket wifi yang boleh diambil di KLIA atau KLIA 2.
#3. Matawang
Matawang yang digunakan di Vietnam adalah Dong, dan ia datang dengan denominasi 200 hinga 500,000. Anda perlu agak berhati – hati dengan kadar penukaran dan matawang ini kerana warnanya adalah lebih kurang.
Kesilapan yang selalu dibuat adalah memberikan duit yang salah pada pemandu teksi, grab dan sebagainya. Selain itu, ambil tahu petukaran dan nilai Dong tersebut dalam Ringgit. Jadi anda tidaklah terkena scam atau ditipu semasa urusan jual beli.
Nota : RM 1 = 5600 Viet Dong (anggaran).
#4. Hati – Hati Dengan Scam Teksi
Disebabkan keadaan sesuatu tempat sebagai contoh Hanoi atau Ho Chi Minh City agak sesak, pengangkutan awam yang paling sesuai adalah menggunakan motorsikal. Walaubagaimanapun, scam boleh berlaku dan anda perlu tahu arah tujuan sebelum setuju untuk menaiki sebarang transport terutamanya teksi.
Untuk teksi biasa, ada dua syarikat utama iaitu Mai Linh atau Vinasun. Kedua – duanya mempunyai aplikasi. Tips elak di scam, pastikan anda bersetuju dengan harga sebelum naik teksi berkenaan. Tanyakan banyak kali. Kalau nak selamat, gunakan aplikasi seperti Uber atau Grab yang turut menawarkan motorsikal.
#5. Tahu Pilihan Pengangkutan
Macam yang kami sebutkan awal tadi, kemudahan pengankutan awam di Vietnam memang banyak. Sekiranya anda ingin menggunakan khidmat bas malam untuk ke bandar lain, ada antara bas ini ruangannya sempit dan untuk yang mereka yang tinggi atau besar, mungkin tak selesa.
Kedua, bawa perkakas seperti earphone dan sebagainya. Biasanya bas – bas ini akan memainkan muzik yang agak kuat dan kalau kita nak rehat atau tidur, mungkin terganggu. Selain bas, alternatif lain adalah kereta api.
p/s: Pemandangan menaiki kereta api Vietnam agak mempersonakan jugak tau.
#6. Hati – Hati Dengan Persekitaran
Tips ini boleh digunapakai di mana sahaja, bukan hanya di Vietnam. Untuk pengetahuan, kadar jenayah di Vietnam agak tinggi dan kes ragut, penyeluk saku ada juga disana. Jadi, anda perlu alert dengan persekitaran.
Dinasihatkan tidak menunjukkan gajet atau bermain phone terutamanya ditepi jalan atau ditempat yang sesak. Kalau ada bawa beg, bawakan beg tersebut ke bahagian depan. Takut ada yang cuba potong beg pula nanti.
Passport tinggalkan di hotel, cuma bawa salinan atau ambil gambar details passport untuk disimpan dalam telefon sahaja.
#7. Berhati – hati di Jalan Raya
Trafik di Hanoi dan Ho Chi Minh City boleh dikatakan sangat sibuk dan agak menyeramkan juga untuk melintas jalan ketika waktu puncak. Tapi, tipsnya disini adalah berani sahaja. Lintas beramai – ramai, pengguna jalan raya akan elak anda. Macam biasa, boleh angkat tangan minta mereka sedar yang anda sedang melintas.
Jika anda menyewa motorsikal, sewa di kawasan yang trafik rendah seperti Hoi An, Dalat atau Phu Quoc. Macam biasa, utamakan keselamatan, pakai topi keledar. Pesanan disini adalah jaga kaki. Sebabnya diorang di Vietnam suka bawa motor rapat – rapat, takut terkena ekzos motor sebelah.
Buat masa ini, itu sahaja perkongsian asas untuk ke Vietnam. Lain – lain boleh lihat di posting kami di destinasi > Vietnam.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah