‘Orang Dalam’ Punca Tiket Final Antara Kedah dan JDT Tidak Sampai Ke Penyokong.

VIRAL
November 02, 2017 - 10:10 AM


Lagi cerita kurang enak berkaitan arena bolasepak Malaysia. Kali ini, melibatkan KFA atau persatuan Bola Sepak Kedah. Ini berikutan tiket akhir perlawanan bolasepak diantara JDT dan Kedah yang akan berlangsung Sabtu ini..

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail agak kecewa apabila mengetahui ramai penyokong yang hadir ke stadium Darul Aman tidak dapat membeli tiket perlawanan akhir diantara Kedah dan JDT semalam.

Tunku dimaklumkan bahawa 6000 keping tiket telah ditempah oleh ‘orang dalam’ Kedah FA. Ini sekaligus menyebabkan ribuan penyokong setia hijau kuning itu tidak dapat membeli malah menyerbu pejabat KFA semalam.

Tunku Ismail juga menasihatkan individu-individu terbabit supaya tidak mempolitikkan bola sepak.

Hal ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku di negara ini. Lagi-lagi bila tiba perlawanan akhir. Namun apa yang lebih mengecewakan, bila sahaja perlawanan akhir dilangsungkan, masih banyak kerusi-kerusi yang kosong di stadium.

Perkara ini agak dikesali oleh semua peminat bolasepak tempatan yang dari awal lagi mengikuti pasukan kesayangan mereka.

Macam mana bolasepak negara nak maju kalau ada tangan-tangan kotor yang cuba mempolitikkan bolasepak itu sendiri?

Harapnya, TMJ dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin dan cantas je individu-individu yang menggunakan medium bolasepak untuk kepentingan diri sendiri.

 

Sumber | Sinarharian

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah