Bali Dilanda Gempa, Rosakkan Bangunan Di Nusa Dua
VIRALJuly 16, 2019 - 01:26 PM
Pusat pelancongan terkenal dunia iaitu Bali, Indonesia dikejutkan dengan suatu kejadian gempa bumi pada awal pagi hari ini (16 Julai 2019) jam 7.18 pagi waktu tempatan.
Gempa bumi bawah laut berukuran 6.1 magnitud yang melanda selatan Bali telah menyebabkan banyak kerosakan kecil terutama pada bangunan termasuk hotel dan rumah ibadat yang ada di sekitar Nusa Dua.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai juga dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.
Gegaran turut dirasai di kawasan bandar di pulau Lombok dan Jawa.
Sumber: Kompas.com
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah