Bosan Dengan Ikan? Jom Cuba 'Pancing' Buaya Dekat Langkawi!
VIRALSelama ni kita dengar orang pancing ikan, udang, sotong dan pelbagai hidupan laut yang boleh dimakan.
Tapi korang pernah dengar tak orang 'memancing' anak buaya?
Mungkin kedengaran agak seram dan menakutkan, tetapi korang jangan tak tahu yang aktiviti ekstrem itu kini ditawarkan kepada pengunjung yang melawat ke Crocodile Adventureland Langkawi.
Kalau korang bercuti di Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman baharu 'memancing' juvenile crocodile dengan lebih dekat berikutan siapnya sebuah kolam khas bagi tujuan tersebut.
Menurut laporan Bernama, kolam tersebut merupakan satu daripada tiga buah kolam yang siap diubahsuai dari segi landskap serta memiliki ciri-ciri keselamatan kepada buaya dan pengunjung, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Perhilitan.
Satu daripada kolam tersebut dilengkapi jambatan kecil membolehkan pengunjung berada lebih dekat semasa memancing atau memberi makan kepada kira-kira 50 hingga 60 anak buaya tembaga (Crocodylus Porosus) berusia dua hingga tiga tahun yang berada dalam kolam tersebut.
Sebelum ini pengunjung hanya berada di tepi kolam semasa membuat aktiviti tersebut, namun dengan siapnya proses ubahsuai mereka bukan sahaja berada lebih dekat, malahan berjalan di dalam kolam itu menggunakan jambatan kecil itu.
Kolam yang siap diubah suai itu dibuka kepada orang ramai hujung Mei lepas, menyaksikan aktiviti memancing atau memberi makan di taman buaya terbesar di negara ini yang terletak di Jalan Teluk Datai itu semakin mendapat sambutan menggalakkan pengunjung.
Mesti korang tertanya-tanya kalau memancing anak buaya tu tak menyeksa binatang ke?
Jangan risau sebab menurut pihak Crocodile Adventureland Langkawi, proses memancing atau memberi makan itu tidak memberi kesan buruk kepada anak buaya kerana umpan iaitu ayam hanya diikat pada tali dan bukannya menggunakan mata kail.
Harga tiket adalah RM36 untuk dewasa dan RM31 bagi kanak-kanak.
Ia merangkumi pakej untuk tiket masuk ke Crocodile Adventureland Langkawi, 1 sesi memancing buaya, 1 paket pelet untuk beri makan kepada juvenile crocodile dan tour guide.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah