Hotel Di Norway Ini Bakal Bina Kolam Renang Tergantung Dari Tepi Tebing!

HOTEL
August 28, 2019 - 01:46 PM


Sejak kebelakangan ini bermacam-macam rekaan kreatif kolam renang infiniti dilakukan bagi meraih perhatian dan kunjungan para pelancong di seluruh dunia.

Kalau di London kolam renang infiniti 360° bakal dibina di atas sebuah bangunan hotel, lain pula ceritanya di Norway apabila mereka bakal membangunkan kolam renang infiniti di tepi tebing tinggi!

Sebuah hotel yang direka di sisi tebing Preikestolen, Norway itu juga bakal menawarkan kolam renang yang akan dibina menuju keluar tebing dan seakan tergantung di atas jurang tinggi.

Lebih menyeramkan apabila kolam renang tersebut diperbuat daripada kaca dan dibina pada ketinggian 604 meter.

Konsep dan rekaan unik hotel serta kolam renang berkenaan adalah idea sebuah syarikat terkenal Turki iaitu Hayri Atak Architectural Design Studio.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di laman Instagram syarikat itu, setiap aras hotel itu juga bakal dilengkapi dengan balkoni berbentuk bujur bagi memberi pemandangan indah di tebing  Preikestolen yang sememangnya popular di kalangan pelancong.

Hotel yang masih belum mempunyai nama rasmi itu dijangka memiliki 9 bilik hotel, lobi, restoran dan kafe.

Manakala kolam renang yang pertama seumpamanya di dunia itu akan dibina di tingkat paling bawah agar pengunjung bebas melihat pemandangan di bawah tebing tanpa sebarang halangan.

Setakat ini belum maklumat bila hotel berkenaan akan mula dibina dan sama-sama kita nantikan perkembangannya!

Sumber: The Independent

Baca juga: London Bakal Bina 'Infinity Pool 360°' Awal Tahun 2020

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah