Hotel Komersial Pertama Di Angkasa Lepas Mula Dibuka Tahun 2025!

HOTEL
September 04, 2019 - 04:43 PM


Kalau dulu siapa yang terfikir untuk menginap atau bermalam di ruang angkasa lepas. Tetapi korang mesti tak percaya yang 'idea gila' itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi!

Menjelang tahun 2025, hotel komersial pertama di angkasa lepas yang diberi nama "Stesen Angkasa Von Braun" akan mula beroperasi dan dikatakan mempunyai sistem graviti, dapur, bar serta hiasan dalamannya sendiri.

Reka bentuk hotel angkasa itu yang menyerupai seakan-akan kapal layar, direka oleh Tim Alatorre dari Gateway Foundation dan telah didedahkan menerusi beberapa keping gambar, baru-baru ini.

Alatorre berkata 100 orang dijangka melawat hotel angkasa lepas itu pada setiap minggu.

"Tentunya, melancong ke angkasa adalah satu lagi pilihan orang ramai untuk pelancongan mereka, sama seperti menaiki kapal layar atau ke Taman Tema Disney World.

"Disebabkan kos keseluruhan adalah masih tinggi, ramai orang menganggap pelancongan ke angkasa hanya terhad kepada golongan kaya dan walaupun saya fikir perkara itu benar untuk beberapa tahun akan datang, Gateway Foundation telah mempunyai matlamat untuk menjadikan pelancongan ke angkasa terbuka untuk semua," kata Alatorre.

Pelancong yang menginap di Stesen Angkasa Von Braun bakal menikmati percutian paling futuristik dan mewah di dunia.

Malah, teknologi yang digunapakai di hotel tersebut juga didakwa lebih canggih daripada teknologi yang ada di International Space Station (ISS) ketika ini.

Stesen Angkasa Von Braun itu juga dikatakan memiliki tandas dan pancuran air mandi sama seperti yang ada di Bumi, manakala bekalan air untuk keperluan para tetamunya akan dibawa naik dari Bumi.

P/S: Berapalah agaknya harga hotel ini untuk satu malam kan? Hehehe...

Sumber: Utusan Malaysia 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah